Utama  |  Artikel  |  Kedai


Artikel,Herba

Halia, Serai atau Sirih: Atasi letih, kolesterol, pulihkan urat saraf

14 Nov , 2019  

halia, serai, sirih, sakit urat, bau badan, kolesterol, letih

Jika menghadapi masalah seperti sering letih atau cepat letih, sakit urat saraf, sengal -sengal dan lenguh badan, bolehlah cuba ramuan alami ini.

Ramuan ini juga boleh diusahakan untuk masalah kolesterol dan bau badan.

Ramuannya ialah:
Tiga (3) ruas jari Halia segar – ketuk
Tiga (3) batang Serai – ketuk
Tiga (3) helai daun Sirih
Lima (5) gelas air

Rebuskan semua bahan berkenaan selama kira-kira setengah jam.

Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Amalkan minum air ramuan ini kira-kira tiga kali seminggu.

Imej: viva.co.id

 

, , , , , , ,

Artikel,Herba,Petua,Rawatan Alternatif

Air basuhan Beras, jus Nanas atau Barli: Rawatan alami untuk atasi kencing tidak lawas

16 Sep , 2019  

nanas, kencing tak lawas, nenas

Jika anda mengalami masalah kencing tidak lawas, beberapa pilihan rawatan secara alami ini boleh diikhtiarkan.

Bagaimanapun, jika masalah berkenaan berterusan, sila dapatkan nasihat doktor perubatan atau buat pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan punca sebenar masalah.

Kaedah rawatan alami ini menggunakan bahan semulajadi seperti berikut.

1. Air basuhan Beras
Ambil air basuhan beras terakhir. Seelok-eloknya basuh beras menggunakan air ditapis bersih.

Minum air basuhan beras ini selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari hingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

2. Jus Nanas kurang masak
Buang kulit nanas, potong kecil-kecil. Masukkan dua (2) potongan dalam dua (2) gelas air, kemudian kisar (blend).

Tapis dan minum air berkenaan. Simpan baki di dalam peti sejuk dan ulang minum sehingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

3. Air Barli
Rebus Barli hingga kembang. Boleh tambah sedikit gula. Kemudian minum airnya.

Simpan baki di dalam peti sejuk dan ulang minum sehingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

Perlu diingatkan bahawa ini hanya ikhtiar secara alami.

Jika masalah kencing tidak lawas berterusan atau tidak dapat kencing langsung, jangan berlengah menemui doktor perubatan kerana ia mungkin disebabkan masalah lain lebih serius, termasuk gangguan prostat.

Imej: sitkes.com

DHERBA.COM

 

, , , ,

Artikel,Herba,Reviu

Buah kelentit kering: Nama pelik buah ajaib untuk kebahagiaan suami-isteri

26 May , 2019  

kelentit kering, buah kelentit kering, cekeli, belimbing bukit, keliku, kedekai, kelentit kering, kelentit, klitoris

Namanya ialah buah kelentit kering. Jika ada sejenis makanan atau herba yang dapat merangsang nafsu isteri yang dingin seks terhadap suami, inilah antaranya.

Ya. Buah atau biji kelentit kering. Namanya sedikit seksi, pelik, lucah atau tabu (taboo). Nama lain bagi buah herba ini ialah cekeli, belimbing bukit dan keliku.

Ia juga dikaitkan dengan nama buah atau biji kedekai walaupun saiz buah kedekai biasanya lebih besar.

Tidak pasti dari mana buah kelentit kering mendapat mana. Dipercayai nama itu diberikan pengamal perubatan tradisional yang mengaitkan dengan khasiatnya.

Perubatan tradisional percaya jika hubungan suami-isteri agak hambar, tidak memberangsangkan serta kurang menghairahkan, inilah herba buah kelentit kering yang dapat diamalkan untuk mengembalikan ghairah seksual anda dan pasangan.

Bagaimanapun setakat ini tidak ditemui sebarang penelitian saintifik terhadap herba ini.

Rupa buah ini sendiri menyamai klitoris (kelentit). Kegunaannya juga, antara lain, untuk menyegarkan klitoris, menambahkan daya rangsangan dan sensitivitinya, mengetatkan faraj serta meningkatkan keinginan seks wanita / isteri, sekali gus menggandakan kepuasan seksual wanita / isteri.

Stok buah kelentit kering memang terhad. Ia tidak mudah ditemui di pasaran.

Berikut ialah ialah sedikit info mengenai buah kelentit kering.

Herba / produk apa?
Kelentit kering. Nama lain ialah cekeli / belimbing bukit / keliku.

Kategori
Buah / herba mentah (bukan serbuk).

Berapa kuantiti?
100g / 200g / 1kg

Ada KKM?
Tidak perlu KKM. Ia herba mentah.

Apa keistimewaan herba / produk ini?
Jika hubungan anda suami-isteri agak hambar, tidak memberangsangkan serta kurang menghairahkan, inilah herba buah kelentit kering yang dapat diamalkan untuk mengembalikan ghairah seksual.

Ia untuk menyegarkan klitoris (kelentit), menambahkan daya rangsangan dan sensitiviti, mengetatkan faraj serta meningkatkan keinginan seks wanita, sekali gus menggandakan kepuasan seksual wanita.

Siapa patut ambil herba / produk ini?
Wanita lepas bersalin, mereka yang mengalami senggugut, buasir, sembelit atau sukar buang air besar / tidak lawas buang air besar, gout, keputihan, sukar mengawal kencing, haid tidak teratur, kurang susu badan, sakit sendi, letih-lesu, masalah angin dalam badan, faraj longgar, masalah edaran darah, badan berbau dan wanita tidak subur, lemah tenaga batin, batu karang, resdung, asma dan batuk.

Apa ada di dalam herba / produk ini?
Herba asli.

Mengapa perlu ambil herba / produk ini?
Bagi menghindari masalah lebih kronik sehingga memerlukan rawatan kos tinggi.

Bagaimana mengambil herba / produk ini?
Minum. Rendam 5 biji – 7 biji buah kelentit kering di dalam air panas dan tutup. Boleh ulang rendam hingga hilang warna dan rasa.

Bila patut ambil herba / produk ini?
Minum  dua atau tiga kali sehari.

Apa rasa herba / produk ini?
Sedikit payau-tawar. Tidak pahit.

Kesannya dalam tempoh berapa lama?
Kesannya dapat dirasa seawal sejam hingga 30 hari bergantung pada tahap fizikal seseorang, masalah kesihatan yang dihidapi serta cara penggunaan.

Apa larangan?
Ibu mengandung dan kanak-kanak kurang 12 tahun dilarang mengambilnya.

Apa lagi?
Stoknya terhad. Ia tidak mudah ditemui di pasaran. Kami hanya bekal buah bermutu.

Di mana boleh beli herba / produk ini?
Hanya klik butang BELI di sini, kemudian taip nama dan alamat penghantaran serta buat bayaran (bank in secara online atau kaunter bank). Item belian akan dihantar terus ke pintu anda.

Mungkin bagi suami, inilah – buah kelentit kering – antara hadiah yang patut dibeli untuk isteri tersayang demi kebahagiaan rumahtangga berpanjangan. – dherba.com

, , , ,

Artikel,Herba,Rawatan Alternatif

Makan sisik ekor ular untuk sembuh bisa ular? Konon ini dari Dr Harun Din…

22 May , 2019  

herba, rawatan alternatif, bisa ular, penawar patukan ular, penawar sengat sembilang, penawar sengat keli

Pernah ditularkan di tengah masyarakat konon dengan memakan sisik ekor ular dapat menyembuhkan bisa ular.

Dan, untuk menguatkan dakwaan itu, nama tokoh perubatan Islam terkemuka negara, Allahyarham Datuk Dr Harun Din digunakan.

Pihak yang menyebarkan perkara itu mendakwa konon kaedah rawatan berkenaan terkandung di dalam satu tulisan oleh tokoh perubatan Islam itu.

Dr Suhazeli Abdullah dalam hantaran terbaru beliau di Facebook pada Isnin 20 Mei 2019 mendedahkan wujud beberapa lagi petua yang disebarkan pihak tertentu, termasuk konon otak ikan sembilang atau keli adalah penawar bagi sengatan haiwan berkenaan.

dr suhazeli, herba, rawatan alternatif, bisa ular, penawar patukan ular, penawar sengat sembilang, penawar sengat keli

DR SUHAZELI… mesti ada fakta yang disahkan.

Bagaimanapun, catat beliau, setelah diselidiki dengan perawat Darul Syifa yang diterajui Dr Harun Din, perawat-perawat di situ sendiri terkejut dengan dakwaan-dakwaan berkenaan.

Darul Syifa ialah pusat perubatan Islam yang diasaskan Dr Harun Din di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Nama masyhur aTGHD (Dr Harun Din) telah disandarkan bagi menyebarkan ilmu / petua yang mendatangkan bahaya pada diri ini,” catat Dr Suhazeli.

Dr Suhazeli ialah doktor perubatan (medical doctor) popular di kalangan warganet menerusi analisis serta hujah saintifik yang sering dilontarkannya berhubung dunia perubatan alopati, herba dan rawatan alternatif, terutama perubatan Islam.

Beliau banyak menulis di media sosial Facebook dan laman web peribadi berkaitan topik semasa, termasuk isu vaksin. Isu vaksin turut dimuatkan di dalam buku khusus.

Walaupun terdidik dalam disiplin pengajian perubatan alopati, pemerhatian penulis mendapati Dr Suhazeli tidak menolak sepenuhnya pendapat dalam perubatan herba dan rawatan alternatif.

Sebahagiannya boleh diterima pakai. Bagaimanapun, beliau sangat menekankan supaya apa sahaja dakwaan dan hujah perubatan mestilah bersandarkan fakta benar, dapatan kajian dan ujian konkrit yang boleh dipercayai serta disahkan.

Dr Suhazeli menyebut mengenai penyebaran dakwaan penawar bisa patukan ular dan sengatan ikan sembilang atau keli seperti di atas sebagai contoh dalam usaha beliau memberi kefahaman kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan pelbagai dakwaan tanpa asas fakta perubatan bersandarkan penyelidikan dan ujian konkrit serta disahkan.

Dalam catatan berkenaan, beliau menegaskan perubatan moden tidak bercanggah dengan mana-mana petua atau perubatan alternatif yang “tidak membawa mudarat diri, mencarik adat dan syariat”.

“Begitu juga mana-mana adat, petua, mujarobat, ubatan herba, nasihat kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan sesuatu penyakit, kami akan bertanya dahulu sama ada ia pernah disahkan atau tidak.

“Jika tiada bukti atau si pembawa berita hanya salin tampal dari mana-mana sumber yang beliau sendiri tidak kenali, ia boleh diabaikan,” catat beliau.

Dr Suhazeli turut menegaskan bahawa perubatan zaman Nabi Muhammad saw juga tidak menolak sepenuhnya amalan dan petua perubatan terdahulu zaman itu.

Menurutnya, tidak salah mengamalkannya selagi tidak mendatangkan mudarat yang dapat membawa maut atau kecatatan fizikal dan minda.

“Masalah timbul zaman kini, pesakit cuba mendikotomikan perubatan moden dan perubatan Islam.

“Lebih menyedihkan apabila para pengamal perubatan Islam / alternatif terlalu rigid minda sehinggakan menolak kaedah perubatan lain, termasuk perubatan moden.

“Hal sebegini sepatutnya diperbetulkan oleh para ilmuwan yang sedar berkaitan salah guna kaedah merawat ini,” catat beliau.

Beliau mendedahkan banyak insiden membabitkan pesakit berakhir di katil hospital disebabkan kesan mudarat.

Lebih banyak tulisan Dr Suhazeli dapati diikuti di media sosial Facebook dan laman web peribadi beliau dari semasa ke semasa. – DHERBA.COM

Imej: twitter.com

Artikel,Herba,Rawatan Alternatif

“Sebab apa ramai kata produk Asmak best sangat?”

20 May , 2019  

minyak herba asmak, asmak, dherba, herba

Asmak ialah jenama produk berasaskan herba dan bahan semulajadi yang makin mendapat sambutan masyarakat pengguna, termasuklah produk Minyak Herba Asmak, Bedak Asmak, Jus Asmak Gold, Asmak Queen, Asmak Herbs dan Madu Kurma Merah.

Sebab apa ramai kata produk Asmak “best” sangat dan mendapat sambutan hangat dari pengguna? Pengasas Produk Asmak, Nor Fazilah Abd Mohd ada penjelasannya.

asmak, minyak herba asmak, nor fazilah

NOR FAZILAH… Pengasas produk Asmak

“Sebab utama dengan izin Allah. Sebab kedua ia bukan petik dari kilang produk sedia ada. Kami akan buat kajian ringkas dulu bahan utama dan produk macam mana kami nak.

“Kami juga kaji pasaran serba sedikit. Ambil tahu apa pasaran nak. Lepas tu bermulalah proses dengan kilang yang memang kami pilih,” catat beliau dalam hantaran terbaru di Facebook pada Isnin 19 Mei 2019.

Asmak ialah jenama produk oleh Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) berpusat di Bentong , Pahang.

Ia syarikat mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif kepada pengguna bertujuan membantu masyarakat tempatan dan sejagat meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan.

Sehingga ini ada lebih 20 produk jenama Asmak, termasuklah Minyak Herba Asmak, Bedak Asmak, Jus Asmak Gold, Asmak Queen, Asmak Herbs dan Madu Kurma Merah.

Nor Fazilah yang juga Pengarah Eksekutif MHAMSB berkata, produk Asmak dihasilkan menerusi tujuh kilang, bukan sebuah kilang, kerana setiap kilang mempunyai kepakaran dan kelebihan berbeza.

“Kami berbincang dengan kilang supaya chemist mereka boleh cadangkan bahan lain yang sesuai digabungkan kerana itu kepakaran mereka.

“Mereka akan R&D dan berikan sample. Reject sampai 10 kali tu biasa. Dekat sini sahaja ambil masa berbulan. Pakai sendiri dan mereka yang terdekat.

“Jika berpuas hati, minta dia buat sample lagi dalam 50 – 200 unit untuk beri pada agen dan pelanggan pula. Jika fasa ni dapat feedback positif, baru kami proceed. Sini pun ambil masa berbulan,” tegas beliau.

Malah menurut Nor Fazilah, jika tidak berpuas hati, syarikatnya akan batalkan dan buat lain.

Katanya, walaupun Asmak banyak produk, semuanya tidak dihasilkan secara cincai, sebaliknya semua ada proses tersendiri.

Dan, catat beliau, sepanjang menghasilkan produk setakat ini, ada dua produk dihentikan pengeluaran kerana satu produk bermasalah, manakala satu lagi ialah produk makanan seiras jamu.

“Produk kedua kami batalkan saya berasa lega sebab saya memang tak berapa suka nak jual produk yang kita tak tahu kesan jangka masa panjang pada pengguna.

“Tak naklah jadi pendosa tanpa sedar kan. Walaupun ada permintaan tapi keselamatan pengguna lebih penting buat kami,” tegas beliau.

Beliau akui pendapat sesetengah orang bahawa mudah untuk menghasilkan produk, tetapi katanya, pendapat itu hanya benar jika sesuatu produk dihasilkan secara cincai.

Katanya, semua orang dapat menghasilkan produk, tetapi tidak semua dapat menjualnya.

Ini kerana katanya, hanya produk yang “dibuat dari hati” akan memberi kesan jauh lebih baik pada pengguna. – dherba.com

Imej: produkherbaasmak.wordpress.com

Artikel,Berita,Herba

Tokoh perubatan herba, Dr Abdul Ghani pergi buat selamanya…

19 May , 2019  

dr abd ghani, herba, perubatan melayu

Beliau terkenal sebagai tokoh yang banyak mengkaji perubatan herba dan khazanah ilmu perubatan Melayu.

Semalam 18 Mei 2019, tokoh berkenaan Dr Abdul Ghani Hussain pergi buat selamanya. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi.

Pemergian tokoh ini adalah satu kehilangan besar bagi dunia herba dan perubatan Melayu.

Beliau yang asalnya seorang doktor perubatan (medical doctor) – terdidik dalam disiplin pengajian perubatan alopati – banyak mengabdikan masa sepanjang hayatnya untuk dunia herba dan perubatan Melayu, termasuk menerusi penyelidikan dan pendidikan.

Majalah DHERBA pernah menyiarkan artikel temuramah dengan beliau untuk DHERBA edisi cetak beberapa tahun lalu.

Semoga segala jasanya kepada dunia herba dan perubatan Melayu menjadi amal jariah buat beliau.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman. – Dherba.com

Herba,Reviu

Black G: Produk herba kunyit hitam untuk sakit lutut dan prestasi seksual

7 Dec , 2018  

kunyit hitam, black ginger, sakit lutut

Manfaat kunyit sangat banyak. Black Ginger Plus Liquid dari herba kunyit hitam (Kaempferia parviflora) serta esktrak biji anggur dan madu ini dihasilkan menerusi kaedah penyelidikan saintifik dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Diperkuatkan menerusi kajian saintifkk, herba kunyit hitam memang sudah diketahui mampu mencegah sakit lutut dan sendi, menambah tenaga serta prestasi seksual dan mengawal keradangan berkaitan gout, alahan serta ulser.

Herba kunyit hitam juga didapati mampu berfungsi melancarkan aliran darah, meningkatkan sistem ketahanan tubuh, mengurangkan risiko osteoporosis dan mengurangkan kesan gejala menopaus.

Apa yang lebih penting, produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk ini juga telah memenangi beberapa anugerah penyelidikan, termasuk Anugerah Teknologi, Inovasi dan Penciptaan Antarabangsa di Ekspo Teknologi Malaysia 2018,  Anugerah Pingat Perak ITEX 2018 dan Anugerah Pingat Emas Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS).

Lebih gah, produk ini juga memenangi Anugerah Khas Promosi Penciptaan Korea (KIPA) dan Anugerah Emas Hari MARDI.

Beli di sini.

Apa yang unik mengenai produk ini?

Selain dihasilkan menerusi kaedah penyelidikan saintifik menerusi kerjasama MARDI, bahannya (kunyit hitam) sudah digunakan secara meluas sejak lama oleh masyarakat tradisional dan terbukti bermanfaat kepada kesihatan.

Kunyit hitam sudah terbukti mampu menghasilkan kesan positif terhadap pelbagai penyakit tanpa kesan sampingan.

Malah, kandungan antioksidan dan antiradang di dalamnya sangat tinggi.

Bagi kes Rheumatoid Arthritis, kandungan Bioflavonoid (ekstrak Proanthocyanidin) di dalam kunyit hitam mampu bertindak sebagai antioksidan dengan kesan terapeutik terhadap arthritis.

Malah, kini kelebihan herba kunyit hitam sebagai bahan perubatan alami sudah diketahui dan diakui bukan sekadar sekitar negara-negara Asia, malah seluruh dunia dengan adanya penyelidikan saintifik oleh pelbagai agensi penyelidikan global.

Beli di sini.

, ,

Artikel,Herba

Kunyit hitam bagai viagra semulajadi, banyak khasiat perubatan

20 Nov , 2018  

kunyit hitam, khasiat kunyit hitam, kunyit

Seperti kunyit putih yang mempunyai khasiat perubatan, kunyit hitam adalah satu lagi spesis kunyit yang bermanfaat dari sudut perubatan, termasuklah untuk menambah tenaga lelaki dan membesarkan otot berkaitan.

Amat besar manfaat kunyit untuk kecantikan, malah kesihatan. Ini terutama dapat diperolehi dari kunyit hitam asli.

Kunyit hitam. Ia sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi.

Sangat banyak khasiat kunyit hitam asli. Ia sudah terbukti berkesan dan bermanfaat dari sudut kesihatan dan kecantikan sejak masyarakat dahulu kala lagi.

Kini, terbukti juga menerusi kajian saintifik. Kajian saintifik mendapati sesetengah kompaun aktif (kandungan perubatan) di dalam kunyit hitam sangat unik (rare) dan tidak ditemui di dalam herba lain.

Produk kunyit hitam boleh lihat di sini.

,

Kata Editor,Penting!,Penulis Tamu

Herba dan rawatan alternatif: Jangan abai nasihat doktor perubatan

20 Dec , 2016  

gajus, herba

Sama ada di sebelah timur atau barat dunia, rawatan alternatif semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan ramai. Namun, keghairahan menggunakan produk dan rawatan alternatif bukan bermakna anda patut menyisihkan kaedah perubatan moden (alopati) atau dirujuk juga sebagai perubatan konvensional.

Langkah dan sikap terbaik ialah mengintegrasikan rawatan alternatif dengan perubatan konvensional. Ini kerana ada sesetengah masalah kesihatan tidak dapat ditangani rawatan konvensional tetapi berjaya diatasi menerusi rawatan alternatif. Begitulah sebaliknya.

Jangan pula berkeras untuk kekal dengan produk atau rawatan alternatif dan tidak mahu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan (medical doctor) semata-mata kerana anda takut jarum atau pisau pembedahan. Ini kerana fungsi dan kebaikan perubatan konvensional tetap dapat dipertanggungjawabkan dan terbukti (proven).

Justeru, sebelum dan sepanjang menggunakan produk atau rawatan alternatif, termasuk herba tertentu, pastikan perkara berikut diberi perhatian.

1. Mengandung – Jika anda mengandung, jangan sewenang-wenang mengambil ubat herba atau produk rawatan alternatif tanpa mendapat nasihat doktor perubatan.

2. Simptom mudarat – Jangan berlengah semata-mata kerana mahu mencuba dahulu produk atau rawatan alternatif jika anda mengalami simpton mudarat seperti sakit dada, sukar bernafas, pening atau pitam, keletihan melampau dan berpanjangan serta mengalami penurunan berat badan mendadak dan berterusan.

3. Diagnosis – Jangan cuba melakukan diagnosis sendiri terhadap apa juga masalah kesihatan. Jumpa dan dapatkan nasihat doktor perubatan.

4. Dos – Pastikan pengambilan apa juga ubat herba atau produk rawatan alternatif adalah pada dos (sukatan) yang tepat. Untuk memastikannya, dapatkan nasihat pakar perubatan herba bertauliah atau doktor perubatan.

5. Ubat – Jika anda sedang mengambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor perubatan, jangan berhenti mengambilnya tanpa mendapat nasihat doktor perubatan terlebih dahulu semata-mata kerana mahu bertukar mengamalkan ubat herba atau produk rawatan alternatif lain. – D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

, , , , ,

Artikel,Herba

Ketat dan segar bugar dengan buah ajaib

19 Dec , 2016  

manjakani, dherba

Seringkali hubungan dingin di antara suami-isteri banyak berkait rapat dengan faktor kegagalan hubungan seksual.

Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini. Satu daripadanya ialah dengan memanfaatkan bahan dari alam semulajadi.

Khazanah alam yang dimaksudkan ialah sejenis bebola keras terhasil di beberapa spesies pokok tertentu. Bebola ini terbentuk akibat tindakbalas kimia dikenali sebagai ‘proses metamorfosis’ di antara hormon pokok dengan cecair dikeluarkan pelbagai spesies serangga yang hinggap untuk menetaskan telur.

Bebola yang dianggap sebagai’‘buah ajaib’ ini dikenali umum sebagai ‘buah manjakani’ atau ‘oakgalls’ walaupun ia sebenarnya bukan sejenis buah dan bukan sebahagian daripada mana-mana komponan pokok.

Herba ini kaya dengan tannin, asid tanik, vitamin, terutama vitamin A dan C, antioksidan, kalsium, besi, protein, serat dan karbohidrat. Bahan lain yang boleh ditemui di dalam buah ajaib ini ialah astrigen, anti-microbial dan anti-radang.

Buah manjakani mampu menjadikan wanita segar bugar, terutama di bahagian alat kelamin untuk memberikan kepuasan berterusan kepada suami masing-masing.

Dengan kandungan tanninnya yang tinggi, ia mampu mengetatkan semula rahim dan otot vagina, terutama bagi wanita selepas bersalin. Ia tentu sekali penting dalam menjamin kepuasan hubungan seksual bersama pasangan masing-masing.

Ini kerana bahagian alat kelamin wanita berkemungkinan kendur atau longgar ketika proses bersalin.

Sementara itu, kandungan astrigen di dalam buah manjakani mampu menegangkan otot pada dinding vagina, sekali gus menjadikan lubang faraj lebih sempit yang menghasilkan lebih keseronokan dan kepuasan ketika hubungan intim suami isteri.

Unsur antiseptik yang kaya di dalam buah ajaib ini pula menjadikannya bahan yang mampu bertindak sebagai penghapus jangkitan bakteria atau kulat pada vagina.

Bakteria atau kulat biasanya akan menyebabkan kegatalan serta bau kurang menyenangkan di persekitaran alat kelamin wanita yang sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa, sekali gus merencatkan hubungan seksual di antara suami isteri.

Buah manjakani akan bertindak menyerapkan lendir atau lelehan pada faraj yang boleh menghasilkan bau tidak selesa.

Lebih menarik, buah manjakani juga mampu menjadikan persekitaran alat kelamin wanita lebih terpelihara, terutama dari segi warna asal dengan adanya kandungan antioksida di dalam bahan semulajadi ini.

Kandungan antiseptik ini juga dikatakan mampu menyembuhkan luka dan memulihkan alat kelamin wanita akibat proses bersalin.

Selain digunakan secara mentah atau menerusi air rebusan, manjakani boleh ditemui di pasaran dalam pelbagai bentuk produk terproses membabitkan pelbagai jenama. – D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

,

Herba

Hilangkan sakit gigi dengan halia

24 Dec , 2014  

Hilangkan sakit gigi dengan halia

Gigi anda berlubang? Sangat sakit? Ada cara alami (semulajadi) mengatasinya. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, cara ini kekal lama tidak sakit.

Ia juga satu cara mudah dan murah! Anda dapat melakukanya di dalam rumah anda sendiri pada kos tidak sampai lima sen.

Sejak menggunakan cara alami ini, hampir tiga bulan gigi berlubang penulis tidak lagi sakit sedangkan sebelum  itu penulis terpaksa mengulang menggunakan ubat dari klinik gigi sebanyak tiga kali, termasuk ubat antibiotik.

Cara alami ini ialah dengan mengunakan herba. Herba dimaksudkan ialah halia (Zingiber officinale). Mudah bukan? Caranya?

Tumbuk halia hidup sebesar minimum satu ruas jari. Tumbuk sampai hampir lumat.

Ambil halia yag sudab ditumbuk itu dan sumbatkan sampai padat ke dalam gigi berlubang.

Tahan. Saya tahu rasanya pedas dan tidak selesa. Saya sudah rasainya. Jangan mengalah. Anda akan selesa dengan sendiri dan sakit gigi anda akan hilang perlahan-lahan.

Ia tidak akan hilang mengejut, tetapi jika ada mampu membiarkan halia itu di dalam lubang gigi sekurang-kurangnya setengah jam, anda akan tidak sakit gigi lagi untuk tempoh beratus jam, insyaAllah.

Apa yang penting, ia hilang lama. Mungkin selamanya, setidak-tidaknya sehingga anda mempunyai kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan doktor gigi :).

Cubalah. Saya berjaya mengatasi sakit gigi berlubang dengan cara ini.

Ada satu alternatif lain. Gunakan bawang putih dan cuka. Caranya ialah tumbuk satu ulas bawang putih. Campurkan beberapa titis cuka. Gaulkan sehingga sebati.

Sumbatkan bawang putih bercuka itu ke dalam gigi berlubang. Tahan. Ia juga sedikit pedas dan tidak selesa.

Cara ini, insyaAllah, juga menghilangkan sakit gigi berlubang. – DHERBA

, , ,

× TANYA