mandi embun, dherba, herba, rawatan alternatif

Mandi embun: Cantik, awet muda, sihat dan kuat

Mandi embun secara konsisten sangat bagus untuk menjadikan seseorang kekal cantik, awet muda dan sihat sepanjang usia.
Kongsi | Share

Apakah yang dimaksudkan dengan mandi embun? Bagaimana melakukan amalan mandi embun? Bagaimanakah cara mandi embun yang diamalkan pahlawan dahulu kala seperti Mat Kilau dan ramai lagi?

Mari kita perincikan.

Mandi embun ialah amalan tradisional sejak zaman berzaman. Masyarakat dahulu kala percaya amalan ini secara konsisten sangat bagus. Ia menjadikan seseorang kekal cantik, awet muda dan sihat sepanjang usia.

Kepercayaan masyarakat tradisional tidak semberono. Jika amalan ini tidak sahih terbukti mendatangkan kebaikan untuk cantik, awet muda, sihat dan kuat, masakan ia menjadi amalan ramai orang dahulu kala sejak zaman berzaman.

Untuk penjelasan lanjut mengenai amalan ini, mari teruskan pembacaan.

Mandi embun: Siapa patut amalkan?

Siapa patut melazimi amalan mandi embun?Sepatutnya semua kita yang remaja dan dewasa, terutama mereka yang tinggal di luar bandar atau kawasan rumah yang mempunyai tumbuhan semulajadi.

Mereka patut menjadikan amalan tradisional ini satu rutin atau kelaziman harian (daily routine).

mandi embun, awet muda, cantik, sihat, pisang, herba
PAHLAWAN… Golongan pahlawan atau pendekar dahulu kala juga dikatakan melakukan amalan mandi embun untuk mengekalkan kekuatan fizikal.

Mudah-mudahan dengan amalan ini secara berterusan dapat membantu mengurangkan risiko terkena penyakit kronik. Ia juga menguatkan sistem tubuh serta mengekalkan kecantikan serta iras awet muda.

Golongan pahlawan atau pendekar dahulu kala juga dikatakan melakukan amalan ini untuk menjaga kekuatan fizikal. Ini  menjadikan tubuh badan, termasuk tulang dan saraf mereka sentiasa sihat dan kuat.

Baca juga:  Daun Semambu untuk rawat Covid-19: Belum ada kajian klinikal

Ada catatan menyebut Pahlawan Melayu Mat Kilau turut melazimi amalan mandi embun. Ia untuk menjaga kesihatan dan kekuatan tubuhnya.

Mandi embun: Mengapa perlu? Apa kebaikan?

Seperti dinyatakan di atas, amalan mandi embun perlu untuk kesihatan tubuh fizikal dan mental serta diyakini membantu melahirkan wajah cantik dan segar, sekali gus mengekalkan iras awet muda.

Malah, ada catatan mendakwa amalan ini dapat menaikkan seri wajah seseorang.

Ada juga catatan menyebut, dengan menggunakan embun dari pucuk bemban dapat mencerahkan penglihatan seseorang.

Malah, menerusi kaedah amalan tertentu yang kebanyakannya menjadi rahsia masyarakat dahulu kala, mandi embun juga dikatakan dapat menyebabkan kulit pengamal menjadi kebal. 

Kesahihan dari segi kekebalan ini tidak dapat disahkan. Mungkin memerlukan amalan tambahan lain juga.

Sebenarnya ada penjelasan sains mengenai amalan mandi embun. Ini berkaitan hubungan di antara reaksi suhu tubuh manusia ketika awal pagi dan sifat embun itu sendiri.

Semakan Dherba.com juga mendapati air embun awal pagi dipercayai bagus untuk kekuatan zakar lelaki. Ini akan diperincikan di dalam artikel lain. 

Untuk lebih banyak info, sila langgan Dherba di sini supaya tidak ketinggalan artikel berkenaan. 

Mandi embun: Bagaimanakah caranya?

Masyarakat tradisional percaya waktu terbaik untuk mandi embun ialah sebelum Subuh. 

Amalan ini juga boleh dilakukan selepas Subuh, tetapi seeloknya ketika matahari naik tinggi dan titisan embun masih banyak.

Baca juga:  Kunyit hitam bagai viagra semulajadi, banyak khasiat perubatan

Dan, menurut amalan tradisional, mandi embun dilakukan dalam beberapa cara atau kaedah tertentu.

Kaedah 1

Kaedah pertama ialah dengan hanya bertuala atau berkain pelikat tanpa baju (bagi lelaki) atau berkemban (bagi wanita). Pengamal perlu keluar rumah dan berada di bawah pokok yang sederhana besar.

Pokok berkenaan mestilah mempunyai dahan atau ranting dengan daun yang boleh dicapai tangan. 

Ketika embun masih banyak dan segar itu, pengamal perlu menggoncangkan dahan atau ranting pokok. Ini supaya embun pada daun-daun akan jatuh ke tubuh.

Kemudian pengamal perlu usap seluruh tubuh dari kepala hingga anggota badan seolah-olah sedang mandi.

Kaedah 2

Pengamal perlu melurut atau mengambil embun pada daun-daun pokok. Kemudian, sapukan pada kepala, muka, tangan, lengan, tubuh dan mana-mana anggota.

Pokok yang disyorkan termasuklah daun pisang atau daun pokok lain yang mengandungi unsur perubatan.

Masyarakat tradisional biasanya tidak sekadar melakukan amalan ini, malah ada bacaan atau mentera tertentu.

Ada juga mengesyorkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran ketika seseorang melakukan amalan ini.

Ini atas dasar kitab suci itu sendiri mengandungi unsur penyembuh (syifa) yang mujarab.

Tidak ketinggalan juga ialah bacaan selawat. Bagaimanapun, elakkan bacaan atau jampi serapah yang tidak diketahui maksud atau asal usulnya. Ini kerana dibimbangi boleh menyebabkan kesyirikan.

Baca juga:  Cara buat semakan herba di Internet agar tidak bahaya

Mengenai ayat yang perlu dibaca, sekurang-kurannya ada dua ayat al-Quran berkaitan. Ini akan diperincikan di dalam satu artikel lain. Ada ayat khusus perlu dibaca. Ayatnya pendek sahaja.

Sila langgan Dherba di sini untuk tidak ketinggalan artikel berkenaan. 

Jika anda perlukan produk siap berasaskan herba dan bahan semulajadi @ alami, sila lihat di sini.

#mandiembun

Kongsi | Share
TANYA