dherba, herba, rawatan alternatif

Cara buat semakan herba di Internet agar tidak bahaya

Ketahuilah bahawa ada herba bahaya kepada kesihatan. Maksudnya, tidak semua herba memberi kebaikan dan kesihatan pada semua masa, semua keadaan dan semua orang.
Kongsi | Share

Ketahuilah bahawa ada herba bahaya kepada kesihatan. Maksudnya, tidak semua herba memberi kebaikan dan kesihatan pada semua masa, semua keadaan dan semua orang.

Ini lebih-lebih lagi jika herba berkenaan sudah diproses di kilang, dicampur dengan herba lain atau bahan lain dan dikeluarkan sebagai produk siap “berasaskan herba”.

Ini penting diketahui. Jom baca lanjut!

Apabila membuat semakan di Internet…

Kewujudan teknologi Internet kini membolehkan sesiapa sahaja menyemak atau membaca banyak maklumat mengenai herba secara cepat.

Banyak sumber maklumat herba dapat ditemui. Ia sama ada maklumat dari laman web atau blog biasa atau dari laman web rasmi institusi penyelidikan berkaitan herba, termasuklah universiti.

Bagaimanapun di Internet, lazimnya kita hanya menyemak aspek kebaikan atau manfaat sesuatu herba.

Sepatutnya amalan bijak ialah apabila membuat semakan khasiat mana-mana herba di Internet, jangan hanya semak “khasiat”; sebaliknya semak juga “mudarat” atau “bahaya” herba berkenaan. 

dherba, herba, rawatan alternatif
Semakan juga penting bagi mengelak pengambilan herba pada kuantiti melebihi dos sepatutnya. 

Mengapa perlu semak betul-betul?

Mengapa perlu semak betul-betul sesuatu jenis herba? Antaranya bagi mengelak bahaya, terutama jika diambil oleh kanak-kanak dan ibu mengandung.

Semakan juga penting bagi mengelak pengambilan herba pada kuantiti melebihi dos sepatutnya. 

Pengambilan herba pada dos berlebihan (overdose) boleh memudaratkan kesihatan, malah mungkin membawa maut.

Baca juga:  Waspada! Ini tips dan cara selamat mengambil produk herba atau rawatan alternatif

Bagaimana semak herba di Internet?

Biasanya kebanyakan kita menyemak herba di Internet dengan menaip katakunci popular berkaitan khasiat atau kebaikan sesuatu herba.

Contohnya,  “khasiat buah mengkudu “.

Sangat jarang kita menaip katakunci “bahaya buah mengkudu”. Betul tak? Lazimnya kita jarang ambil kisah aspek “bahaya” atau “mudarat” sesuatu herba.

Hakikatnya herba tidak semestinya mendatangkan kebaikan kepada kesihatan pada setiap masa dan semua keadaan serta pada setiap individu berbeza.

Herba tertentu mungkin sesuai dan bagus untuk individu A, tetapi tidak sesuai, malah mungkin berbahaya jika diambil individu B.

Ia bergantung pada tahap kesihatan, faktor biologi dan beberapa aspek lain yang ada pada seseorang.

Contohnya, buah mengkudu tidak sesuai diambil oleh mereka yang mengalami pendarahan.

Kajian mendapati mengkudu boleh menyebabkan masalah pendarahan semakin melarat atau darah kian banyak keluar atau luka lebih serius.

Justeru, apabila membuat semakan di Internet, kaedah terbaik ialah semak juga aspek mudarat dan bahaya sesuatu herba.

Dan, jika anda sedang mengalami penyakit kronik, lebih bijak berbincang dengan doktor anda (medical doctor) sebelum mengambil sesuatu herba atau bahan rawatan alternatif lain.

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsi di bawah untuk kebaikan lebih ramai orang.

Untuk lihat kedai herba dan rawatan alternatif, sila klik di sini. – dherba.com

Baca juga:  Usus tempat bermula penyakit, rawat sekarang!
Kongsi | Share
TANYA