ular, dherba, herba, rawatan alternatif, bisa ular, penawar patukan ular, penawar sengat sembilang, penawar sengat keli

Makan sisik ekor ular untuk sembuh bisa ular? Konon ini dari Dr Harun Din…

Bagaimanapun, catat beliau, setelah diselidiki dengan perawat Darul Syifa yang diterajui Dr Harun Din, perawat-perawat di situ sendiri terkejut dengan dakwaan-dakwaan berkenaan.
Kongsi | Share

Pernah ditularkan di tengah masyarakat konon dengan memakan sisik ekor ular dapat menyembuhkan bisa ular.

Dan, untuk menguatkan dakwaan itu, nama tokoh perubatan Islam terkemuka negara, Allahyarham Datuk Dr Harun Din, digunakan.

Pihak yang menyebarkan perkara itu mendakwa konon kaedah rawatan berkenaan terkandung di dalam satu tulisan tokoh perubatan Islam itu.

ular, dherba, herba, rawatan alternatif, bisa ular, penawar patukan ular, penawar sengat sembilang, penawar sengat keli
PENAWAR BISA ULAR… Konon penawar bisa ular ada pada sisik ekornya.

Dr Suhazeli Abdullah dalam hantaran terbaru beliau di Facebook pada Isnin 20 Mei 2019 mendedahkan wujud beberapa lagi petua yang disebarkan pihak tertentu.

Ini termasuk konon otak ikan sembilang atau keli adalah penawar bagi sengatan haiwan berkenaan.

dr suhazeli, herba, rawatan alternatif, bisa ular, penawar patukan ular, penawar sengat sembilang, penawar sengat keli
DR SUHAZELI… mesti ada fakta yang disahkan.

Bagaimanapun, catat beliau, setelah diselidiki dengan perawat Darul Syifa yang diterajui Dr Harun Din, perawat-perawat di situ sendiri terkejut dengan dakwaan-dakwaan berkenaan.

Darul Syifa ialah pusat perubatan Islam yang diasaskan Dr Harun Din di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“Nama masyhur aTGHD (Dr Harun Din) telah disandarkan bagi menyebarkan ilmu / petua yang mendatangkan bahaya pada diri ini,” catat Dr Suhazeli.

Dr Suhazeli ialah doktor perubatan (medical doctor) popular di kalangan warganet menerusi analisis serta hujah saintifik yang sering dilontarkannya.

Ia termasuklah mengenai dunia perubatan alopati, herba dan rawatan alternatif serta perubatan Islam.

Baca juga:  Basuhan Beras, jus Nanas, Barli: Rawat kencing tak lawas

Beliau banyak menulis di media sosial Facebook dan laman web peribadi berkaitan topik semasa, termasuk isu vaksin. Isu vaksin turut dimuatkan di dalam buku khusus.

Walaupun terdidik dalam disiplin pengajian perubatan alopati, Dr Suhazeli tidak menolak sepenuhnya pendapat dalam perubatan herba dan rawatan alternatif.

DARUL SYIFA… Bangunan Darul Syifa, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sumber: darussyifa.org

Hujah perubatan

Sebahagiannya boleh diterima pakai. Bagaimanapun, beliau sangat menekankan supaya apa sahaja dakwaan dan hujah perubatan mestilah bersandarkan fakta benar.

Ia mesti disandarkan dapatan kajian dan ujian konkrit yang boleh dipercayai serta disahkan.

Dr Suhazeli menyebut mengenai penyebaran dakwaan penawar bisa patukan ular dan sengatan ikan sembilang atau keli seperti di atas sebagai contoh.

Ini bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat supaya tidak menyebarkan pelbagai dakwaan tanpa asas fakta perubatan, penyelidikan dan ujian konkrit serta disahkan.

Dalam catatan berkenaan, beliau menegaskan perubatan moden tidak bercanggah dengan mana-mana petua atau perubatan alternatif yang “tidak membawa mudarat diri, mencarik adat dan syariat”.

“Begitu juga mana-mana adat, petua, mujarobat, ubatan herba, nasihat kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan sesuatu penyakit, kami akan bertanya dahulu sama ada ia pernah disahkan atau tidak.

“Jika tiada bukti atau si pembawa berita hanya salin tampal dari mana-mana sumber yang beliau sendiri tidak kenali, ia boleh diabaikan,” catat beliau.

Dr Suhazeli turut menegaskan bahawa perubatan zaman Nabi Muhammad saw juga tidak menolak sepenuhnya amalan dan petua perubatan terdahulu zaman itu.

Menurutnya, tidak salah mengamalkannya selagi tidak mendatangkan mudarat yang dapat membawa maut atau kecatatan fizikal dan minda.

“Masalah timbul zaman kini, pesakit cuba mendikotomikan perubatan moden dan perubatan Islam.

“Lebih menyedihkan apabila para pengamal perubatan Islam / alternatif terlalu rigid minda sehinggakan menolak kaedah perubatan lain, termasuk perubatan moden.

“Hal sebegini sepatutnya diperbetulkan oleh para ilmuwan yang sedar berkaitan salah guna kaedah merawat ini,” catat beliau.

Beliau mendedahkan banyak insiden membabitkan pesakit berakhir di katil hospital disebabkan kesan mudarat.

Lebih banyak tulisan Dr Suhazeli dapati diikuti di media sosial Facebook dan laman web peribadi beliau dari semasa ke semasa.

Imej: twitter.com

Kongsi | Share
TANYA