nanas, kencing tak lawas, nenas

Basuhan Beras, jus Nanas, Barli: Rawat kencing tak lawas

Kongsi | Share

Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, beberapa pilihan rawatan secara alami boleh diikhtiarkan.

Ini termasuklah dengan cara menggunakan air basuhan beras, jus nanas dan Barli.

Bagaimanapun, jika masalah berkenaan berterusan, sila dapatkan nasihat doktor perubatan atau buat pemeriksaan perubatan untuk mengesahkan punca sebenar masalah.

Kaedah rawatan alami ini menggunakan bahan semulajadi seperti berikut.

agriculture barley barley field close up
BARLI… Barli juga bagus untuk masalah kencing tak lawas.

1. Air basuhan Beras


Ambil air basuhan beras terakhir. Seelok-eloknya basuh beras menggunakan air ditapis bersih.

Minum air basuhan beras ini selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari hingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

2. Jus Nanas kurang masak

Buang kulit nanas, potong kecil-kecil. Masukkan dua (2) potongan dalam dua (2) gelas air, kemudian kisar (blend).

Tapis dan minum air berkenaan. Simpan baki di dalam peti sejuk dan ulang minum sehingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

close up photography of pineapple
NANAS… Bermanfaat untuk kencing tak lawas

3. Air Barli


Rebus Barli hingga kembang. Boleh tambah sedikit gula. Kemudian minum airnya.

Simpan baki di dalam peti sejuk dan ulang minum sehingga masalah kencing tidak lawas, hilang.

Perlu diingatkan bahawa ini hanya ikhtiar secara alami.

Jika masalah kencing tidak lawas berterusan atau tidak dapat kencing langsung, jangan berlengah menemui doktor perubatan kerana ia mungkin disebabkan masalah lain lebih serius, termasuk gangguan prostat.

Baca juga:  Hilangkan sakit gigi dengan halia

Untuk lebih info mengenai penggunaan herba, boleh baca di sini.

Imej: sitkes.com

Kongsi | Share
TANYA