dherba, herba, rawat, ubat

Majalah D’HERBA (Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia / Malaysia Herbal and Alternative Medicine Industry Directory) ialah majalah yang mula diterbitkan pada 2005 oleh kumpulan syarikat kami, Ideamas Editorial Services.

Ketika itu, edisi cetak diedarkan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Kini D’HERBA edisi cetak tidak lagi diterbitkan. D’HERBA edisi online dapat dibaca secara percuma sepenuhnya di dherba.com.

dherba, herba, rawatan alternatif
Ini antara contoh kandungan dan rekabentuk D’HERBA edisi cetak.

DHERBA: Khusus mengenai herba

Majalah ini khusus mengenai herba dan rawatan alternatif serta produk dan perkhidmatan berasaskan kedua-duanya. 

Ia mengandungi pelbagai maklumat, termasuk info produk, petua tradisi, maklumat pengedar / stokis, jaringan perniagaan, penawar semulajadi serta kecantikan wanita dan lelaki.

Penerbitan D’HERBA bertitik-tolak daripada keperluan membekalkan maklumat berguna kepada industri dan orang ramai, terutama bagi memastikan mereka menggunakan herba dan rawatan alternatif secara selamat.

DHERBA: Rujukan berwibawa

D’HERBA juga berguna sebagai rujukan berwibawa dalam bidang bioteknologi, amalan kesihatan serta perubatan berasaskan herba dan rawatan alternatif. Ia juga amat berfaedah kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, penerbitan ini bermanfaat sebagai rujukan memajukan perniagaan serta membantu aktiviti promosi dan pemasaran.

Kandungan dan rekabentuk DHERBA edisi cetak boleh juga dilihat di sini.

Maklumat mengenai D’HERBA boleh juga dibaca di Wikipedia.org

DHERBA edisi cetak dapat dilihat di sini.

Untuk lihat paparan penuh, sila klik di sini.

Untuk beli majalah D’HERBA, sila klik di sini.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada kami di sini.

TANYA