Artikel,Herba

Herba terkemuka untuk lelaki hebat di ranjang

4 Apr , 2014  

tongkat ali, herba, tenaga lelaki

Menjadi lelaki hebat di ranjang adalah satu kelebihan yang tidak dapat disukat dengan wang ringgit. Ia menggembirakan dan membahagiakan, lebih-lebih lagi bagi pasangannya.

Sebaliknya, menjadi ‘lembik’ di ranjang adalah ‘kisah duka lara’ yang menjadi rahsia terpendam seorang insan bernama lelaki.

Justeru, pelbagai kaedah boleh dicuba dan digunakan demi mengekalkan kehebatan sang lelaki di ranjang. Antaranya menerusi amalan pemakanan pelbagai jenis herba.

Antara herba terkemuka dunia yang sering dikaitkan dengan kehebatan lelaki di ranjang ialah Tongkat Ali, Yohimbe, Ginkgo Biloba dan Ginseng Siberia.

1.Tongkat Ali
Dikaitkan sebagai Viagra Malaysia dengan nama sainsnya Eurycoma longfolia. Herba ini terkenal sejak lama di kalangan masyarakat Melayu sebagai tonik seks yang berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki.

Ia kini dikomersialkan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, campuran minuman dan kopi membabitkan pelbagai jenama.
Herba warisan alam Melayu ini tidak sahaja diproses dan dikeluarkan syarikat tempatan, malah pelbagai organisasi antarabangsa.

2. Yohimbe
Herba daripada kulit kayu Corynanthe Yohimbe ini amat terkenal di kalangan penduduk Amerika Selatan. Ia digunakan untuk meningkatkan keinginan, kemampuan dan ketahanan seksual serta merawat masalah mati pucuk.

Keupayaannya mengalirkan darah ke semua anggota badan, termasuk zakar serta membesarkan saiznya menyebabkan pengamal Yohimbe sentiasa dikagumi.

Amalan menggunakannya secara berterusan untuk tempoh masa panjang dikatakan dapat menguatkan, membesarkan dan mengekalkan ereksi atau ketegangan zakar lebih lama.

Tetapi awas! Pengambilannya pada kuantiti berlebihan dikatakan boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan, termasuk sakit kepala, tekanan darah tinggi dan insomnia. Malah, dos mencecah 40 miligram setiap hari memungkinkan seseorang mengalami halusinasi.

3. Ginkgo Biloba
Ditemui di China sejak 5,000 tahun lalu, herba ini amat popular. Malah kini ia menjadi bahan makanan kesihatan terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah.

Gingko Biloba dikatakan mengandungi beberapa bahan kimia unik yang mampu meningkatkan aliran darah ke otak, tangan, kaki dan zakar.

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat terhadap 60 penghidap kegagalan ereksi (ED), aliran darah ke zakar bertambah baik selepas enam minggu mengamalkan penggunaan herba ini. Aliran darah terus meningkat sehingga 50 peratus selepas enam bulan.

4. Ginseng Siberia
Herba ini pula dikatakan mampu merangsang kalenjar adrenalin untuk menghasilkan lebih banyak testosteran dan hormon seks.

Justeru, ia memberi kesan memberangsangkan bagi meningkatkan tenaga serta stamina yang amat penting dalam hubungan seksual.

Ada beberapa lagi herba atau bahan semulajadi terkemuka sering dikaitkan dengan kehebatan seksual lelaki. Antaranya ‘Withanania Somnisera’ dan’‘Akar Murungai’ yang terkenal di kalangan masyarakat India serta ‘Horney Goat Weed’ yang amat popular dalam tradisi perubatan di China.

Walaupun keberkesanan sesetengahnya tidak dibuktikan secara saintifik, herba berkenaan tetap popular dan masih banyak digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia.

Kini kebanyakan herba terbabit dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk terproses menggunakan teknologi moden.

Tetapi pengguna perlu mengambil berat aspek keselamatan dan keserasian jangka pendek serta jangka panjang atau mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk berkenaan.

Ini kerana pengabaian aspek kualiti dan kaedah pemprosesan boleh membawa kesan sampingan. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

 

, , , , , ,

Artikel,Rawatan Alternatif

Penyembuhan menerusi tenaga dalam

2 Apr , 2014  

tenaga dalam

Kekuatan tenaga dalam dikatakan sudah digunakan manusia sejak 4,000 tahun lampau.

Tenaga dalam yang berpusat pada minda, jika dibangunkan dengan latihan tertentu, mampu mengatasi kekuatan fizikal.

Kajian sains juga menemui banyak pertautan rapat di antara tenaga dalam dengan tubuh fizikal, termasuk dari segi penjagaan kesihatan dan perawatan serta pencegahan penyakit.

Menurut mereka yang mengkaji dan berjaya mempratikkannya, tenaga dalam yang dilatih dan diperkuatkan dengan cara betul mampu membentuk aliran getaran pada urat tubuh.

Getaran ini berupa aliran elektrik menyelubungi tubuh atau biasa disebut sebagai ‘aura’. Kekuatan tenaga ini dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri, termasuk bagi tujuan pengubatan atau rawatan penyakit, memiliki kuasa penyembuhan semulajadi dan terhalang daripada perbuatan jahat menggunakan makhlus halus.

Aura yang wujud di sekeliling tubuh manusia biasanya hanya senipis di antara 0.5 sentimeter hingga dua sentimeter.

Tetapi dengan usaha dan amalan tertentu seperti latihan pernafasan, lapisan aura akan menjadi berlipat kali ganda, malah beribu kali ganda.

Bagaimanapun, ramai terkeliru di antara tenaga dalam dan ilmu kebatinan. Malah salah tafsiran ini menyebabkan mereka yang berusaha meningkatkan tenaga dalam, sering dipandang serong.

Tenaga dalam sebenarnya berbeza berbanding tenaga batin dalam aspek tertentu. Jika pun ada persamaan, ia mungkin dari segi kegunaan dan kedua-duanya berasal dari dalam tubuh manusia.

Dari persektif Islam, ia juga bukan sesuatu yang asing. Amalan zikir yang berpusat kepada kebesaran Allah swt tanpa sebarang unsur syirik terhadapNya, juga sebahagian daripada latihan menguatkan tenaga dalam.

Allah swt menjanjikan kelebihan kepada mereka yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

Di dalam al-Quran sendiri, banyak ayat yang menerangkan mengenai janji Allah swt untuk memberi rahmat kepada manusia yang mendekatkan diri kepadaNya. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini.

 

, , ,

Artikel,Herba

Rawatan ‘pupukan’ menggunakan herba

1 Apr , 2014  

bayi, ibu bersalin, dalam pantang

Ibu yang baru bersalin biasanya menghadapi kekurangan darah. Ini menyebabkan fizikal dan mental si ibu berada dalam keadaan kurang bermaya.

Raut wajah si ibu biasanya kelihatan pucat dan pergerakan fizikal pula tidak begitu stabil.

Keadaan ini memungkinkan ibu yang baru lepas bersalin mengalami pening atau sakit kepala atau demam panas.

Lebih membebankan jika si ibu terpaksa berjaga malam bagi merawat atau menjaga bayinya yang baru lahir.

Situasi demikian boleh dirawat dengan mudah, setidak-tidaknya untuk mengurangkan risiko lain ketika dalam pantang.

Antara rawatan yang boleh diamalkan ialah menerusi kaedah pupukan. Kaedah atau rawatan pupukan perlu membabitkan penggunaan bahan semulajadi atau herba tertentu.

Antaranya ialah lempayung, halia, lengkuas dan kunyit. Bahan herba berkenaan mempunyai unsur penyejuk yang mampu membantu mengurangkan suhu bahan dan menyegarkan fizikal si ibu.

Kaedah rawatan boleh dilakukan dengan mudah menerusi bantuan suami atau saudara-mara. Malah si ibu boleh melakukannya sendiri.

Bahan herba berkenaan hendaklah ditumbuk atau diasah pada pasu atau alat yang berpermukaan sedikit kasar, sebaiknya yang diperbuat daripada tanah liat.

Memulakan dengan selawat, sapukan herba yang telah lumat itu pada dahi si ibu dan biarkan ia sehingga melegakan dan menyegarkan kepala serta fizikal.

Bahan herba yang disiapkan itu boleh juga dipupuk pada dahi si bayi. Ini bagi mengelakkannya terkena sawan.

Rawatan pupukan pada si bayi penting bagi mengelak sawan kerana gejala ini amat berbahaya sehingga boleh mengganggu emosi dan fizikal bayi.

Satu lagi herba yang boleh digunakan bagi rawatan pupukan kepada si ibu yang baru lepas bersalin ialah kulit kayu manis.

Kulit kayu manis, kira-kira 3 sentimeter, hendaklah ditumbuk atau diasah pada pasu atau alat berpermukaan kasar. Lebih baik jika ia diperbuat daripada tanah liat.

Campurkan sedikit air dan pupukkan pada dahi si ibu yang baru lepas bersalin dua kali sehari.

Rawatan pupukan menggunakan kulit kayu manis boleh diteruskan walaupun selepas pantang.

Rawatan pupukan menggunakan kulit kayu manis dikatakan mampu mengelak pening atau sakit kepala.

Pening atau sakit kepala kemungkinan menyebabkan rabun mata akibat kelesuan berpanjangan ketika dalam pantang. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

 

, ,

Pelbagai

Meditasi untuk kecantikan dan awet muda

31 Mar , 2014  

meditasi, awet muda

Meditasi dikenal pasti satu daripada cara meningkatkan kekuatan sistem badan dan tahap kesihatan. Malah kini meditasi yang betul dan berkesan dikenal pasti bermanfaat meningkatkan kecantikan serta membentuk iras awet muda di kalangan wanita.

Bagaimanapun mereka yang tidak pernah atau jarang mengamalkan meditasi mungkin sukar memperolehi darjah penumpuan yang benar-benar terarah dan berkesan, sekali gus merasai keberkesanan aktiviti ini.

Berikut ialah beberapa panduan untuk amalan meditasi.

1. Kosongkan gangguan
Anda tidak semestinya bersendirian di tengah rimba atau di puncak gunung untuk bermeditasi, sebaliknya cukup di dalam sebuah bilik yang menenangkan.

Apa yang penting ialah siaz dan bentuk gangguan mesti diminimumkan sekecil mungkin, jika boleh sehingga ke tahap ‘sifar gangguan’.

Mulakan meditasi dengan tekad muktamad memutuskan hubungan dengan semua unsur luaran, termasuk manusia lain, telefon dan televisyen, malah hal ehwal peribadi anda sendiri.

2. Latihan secara konsisten
Bagi mereka yang tidak pernah atau jarang melakukan meditasi, percubaan awal mungkin tidak menghasilkan kesan menggembirakan, terutama dari segi darjah penumpuan.

Tetapi jangan putus asa. Mereka yang kini berjaya menguasai disiplin meditasi pun mengalami perkara sama di peringkat awal.

Darjah penumpuan tinggi hanya dapat dicapai menerusi latihan berulang secara konsisten. Ulangi dan ulangi lagi sehingga anda berjaya menguasai minda dan tahap penumpuan tinggi.

3. Waktu meditasi
Anda juga mungkin perlu menentukan masa sesuai untuk mengadakan meditasi, terutama pada pagi atau malam. Waktu pagi sesuai untuk menguatkan sistem badan bagi menghadapi jadual seharian agar kecantikan diri tidak terkesan dek pelbagai tekanan dan beban tugasan seharian.

Meditasi pada malam pula sesuai untuk merehatkan semula semua sistem badan yang seharian berfungsi seolah-olah jentera berat untuk melunaskan segala rutin harian. Kerehatan minda sebegini memberi kesan ketara kepada kualiti tidur anda.

Tidur yang berkualiti setelah semua sistem badan ‘dibaik pulih’ menerusi meditasi, amat penting untuk kecantikan dan iras awet muda. Meditasi itu sendiri sebenarnya satu jenis ‘tidur yang menyihatkan’.

4. Unsur kerohanian
Setelah darjah penumpuan berjaya ditingkatkan dan minda anda telah dikuasai, ada baiknya jika proses interaksi dalaman sepanjang tempoh meditasi itu turut membabitkan unsur kerohanian.

Jika anda bayangkan dan dambakan kecantikan serta kesihatan, kaitkannya dengan sumber kecantikan dan kesihatan sebenar, iaitu Allah swt. Sebutlah namanya sebanyak mungkin mengikut dispilin meditasi.

Untuk tujuan ini, dapatkan mereka yang mahir dan berjaya menguasai ilmu meditasi, terutama bersandarkan syariat Islam. Bagaimanapun anda perlu berwaspada serta tidak menerima bulat-bulat sebarang panduan yang mengaitkan unsur roh kerana dibimbangi menyebabkan penyelewengan.

5. Posisi selesa
Sebelum memulakan meditasi, ada baiknya jika anda melakukan sedikit aktiviti pemanasan dengan merenggangkan dan melegakan otot badan agar perjalanan darah menjadi lebih baik.

Meditasi boleh dilakukan sama ada pada posisi berdiri, duduk atau berbaring. Apa yang penting ialah ia menyelesakan anda dari segi fizikal dan mental.

Posisi selesa, harmoni dan nyaman banyak membantu dari segi kualiti pernafasan dan aliran tenaga dalaman sepanjang tempoh bermeditasi.

6. Terlalu kenyang atau lapar
Meditasi yang berkesan tidak dilakukan ketika terlalu kenyang atau lapar. Ketika terlalu kenyang, tenaga dalaman banyak dipusatkan kepada proses pencernaan sehingga memungkinkan rasa lemah, malas dan mengantuk.

Tenaga itu, jika cuba dipusatkan dengan proses meditasi, hanya bergerak agak perlahan ke bahagian otak.

Meditasi ketika perut lapar juga menyukarkan usaha penumpuan. Justeru, sebelum melakukan meditasi, ada baiknya anda hanya mengambil sedikit makanan atau meminum jus buah.

Apa yang paling penting dalam meditasi ialah darjah penumpuan. Ia amat bermanfaat untuk meningkatkan kecantikan dan iras awet muda. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

, , , ,

Herba

Naikkan seri wajah dengan ramuan herba

31 Mar , 2014  

mas cotek, cantik herba

Naikkan seri wajah dengan ramuan herba.

Dia cantik, tetapi wajahnya tidak menarik – kurang berseri dan kusam. Kawannya yang seorang lagi tu tidaklah secantik dia, tetapi wajahnya lebih berseri, segar serta mengiurkan.”

Pernah mendengar dialog sedemikian? Inilah hakikat penampilan wajah. Raut wajah cantik tidak semestinya nampak menarik dan berseri jika tanpa rawatan sewajarnya.

Impian memiliki wajah yang berseri bagi setiap wanita hanya tinggal impian jika tanpa usaha ‘empunya badan sendiri’.

Banyak cara untuk menaikkan seri wajah. Antaranya dengan memanfaatkan kaedah tradisional menggunakan pelbagai ramuan herba yang telah diamalkan sejak turun-temurun.

Kelebihan amalan menggunakan herba berasaskan ramuan tradisional untuk menaikkan seri wajah tidak boleh diremehkan. Jika diamalkan secara konsisten dan dengan campuran ramuan yang tepat, ia mampu memberi hasil yang memberangsangkan.

Apakah herba berkenaan? Bagaimanakah mengamalkannya? Dan berapakan kekerapan amalannya?

Antara herba tempatan yang boleh dimanfaatkan untuk menaikkan seri wajah ialah:

1. Daun inai
Herba ini dikatakan mampu memerahkan dan menghaluskan kulit wajah serta menghilangkan bekas jerawat atau bekas parut pada muka.

Ambik segenggam daun inai yang agak tua dan direbus kira-kira tiga cawan air. Minumlah selalu dalam tempoh tiga minggu.
Daun inai juga boleh ditumbuk sehingga halus dan disentalkan pada kulit wajah yang kusam atau ada kesan parut.

2. Air kelapa tua
Ia dikatakan bermanfaat untuk mengekalkan kecantikan kulit serta menghalang pembentukan kedut pada wajah.

Caranya ialah membasuh muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering selama 10 minit hingga 15 minit.
Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan berterusan untuk mengelakkan kulit menjadi kering yang boleh menyebabkannya berkedut.

3. Pati kelapa
Ia mampu menghilangkan kesan jerawat pada wajah serta mencerahkan kulit yang kusam.

Caranya ialah dengan memerah kelapa tanpa dicampurkan dengan air. Ambil pati perahan kelapa itu dan sapukan ke wajah sebelum tidur setelah wajah dibersihkan.

4. Daun pegaga
Khasiat daun pegaga pula dikatakan mampu menjadikan kulit wajah kekal muda, segar dan berseri.

Ambil segenggam daun pegaga, campurkan sedikit air dan tumbuk hingga lumat. Setelah itu, perahkan patinya dan minum di antara dua atau tiga kali seminggu.

5. Pisang masak
Kulit pisang masak dikatakan mampu menegangkan serta menaikkan seri wajah.

Ia hendaklah ditumbuk halus dan digaul dengan putih telur hingga rata. Kemudian lumurkan pada wajah dan biarkan kering. Setelah itu, cucilah dengan air bersih.

6. Madu
Madu dikatakan mampu memerahkan dan mencantikkan bibir dan mengelakkan kulit wajah menjadi terlalu tegang.

Untuk memerahkan dan mencantikkan bibir, sapukan dua titik madu asli pada bibir sebelum tidur.

Untuk mengelakkan kulit wajah menjadi terlalu tegang, ambil sesudu madu dan ditumbuk dengan beberapa helai daun kubis hingga berair. Sapukan pada muka dan biarkan15 minit sebelum dicuci.

7. Pinang muda
Pinang muda pula mampu melicinkan kulit dan menyerlahkan keceriaan awet muda pada wajah.

Caranya ialah dengan mengambil biji pinang muda yang masih berlendir dan sapukan pada keseluruhan muka.

8. Daun pandan
Ia mampu mengurangkan parut pada wajah serta melicinkkan kulit wajah.

Caranya ialah dengan mencampurkan daun pandan dengan kunyit, temu giring dan beras yang ditumbuk halus lalu dijadikan lulur.

9. Kunyit
Herba ini mampu membantu membuang bulu-bulu roma pada wajah.

Caranya ialah dengan menjemur kunyit hidup hingga kering, kemudian asahkan kunyit kering itu ke batu untuk mengeluarkan airnya. Sapukan air kunyit itu ke seluruh wajah.

10. Daun Lemuning
Daun lemuning dapat menyerikan raut muka serta mengatasi masalah wajah pucat, sekali gus memulihkan kecantikan, terutama di kalangan ibu yang baru lepas bersalin.

Daun berkenaan hendaklah direbus.

Bagaimanapun semua amalan rawatan wajah secara tradisional menggunakan pelbagai ramuan herba terpilih ini hanya akan menampakkan kesan positif jika diamalkan secara konsisten. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

 

, , , , , , , , , , , ,

Artikel,Reviu

Herba popular di Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd

31 Mar , 2014  

risda, lanskap, herba

Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd (RSSB) yang asalnya hanya membekalkan benih getah, kelapa sawit dan tanaman lanskap, kini turut membekalkan benih dan tumbuhan herba.

Satu daripada pusat jualan RSSB, iaitu di Bandar Baru Bangi, Selangor menyediakan pelbagai pokok herba popular. Antaranya pokok Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Jarum Tujuh Bilah dan Mas Cotek.

RSSB, syarikat milik penuh Risda yang didaftarkan pada 31 Julai 1979, mempunyai lebih 12 tapak semaian dan pusat jualan di seluruh negara. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini.

, ,

Kata Editor,Penting!,Penulis Tamu,Rawatan Alternatif

Waspada apabila mengambil produk herba atau rawatan alternatif

31 Mar , 2014  

Orang ramai sepatutnya mengambil kira beberapa isu berbangkit berhubung penggunaan produk berasaskan herba dan rawatan alternatif. Antaranya ialah:

1. Sesetengah produk atau terapi rawatan alternatif mungkin tidak dilengkapi ujian atau bukti saintifik bagi menyokong dakwaan penyembuhan. Wujud juga dakwaan melampau kononnya sesuatu produk atau rawatan alternatif mampu merawat apa sahaja jenis penyakit – dari hujung rambut ke hujung kaki.

2. Sesetengah perawat mungkin mengesyorkan dos keterlaluan kononnya bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Perlu diketahui bahawa produk atau rawatan alternatif, termasuk herba yang pada asasnya bersifat semulajadi, juga boleh memudaratkan jika diambil pada dos berlebihan atau dicampurkan dengan pelbagai bahan yang mengakibatkan keracunan atau kerosakan sistem tubuh.

3. Sesetengah dianogsis rawatan alternatif mungkin mencurigakan atau bersifat kontroversi, malah membabitkan unsur jenayah seperti cabul dan rogol oleh pengamal rawatan alternatif.

Justeru, pengguna disaran mengambil langkah perlu bagi memastikan penggunaan produk dan terapi rawatan alternatif benar-benar selamat serta menyihatkan. Antaranya:

1. Maklumat – Dapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber, termasuk bahan bercetak dan internet. Tetapi jika membuat rujukan di internet, anda perlu lebih berhati-hati kerana maklumat produk dan rawatan alternatif di internet kini sarat dengan pelbagai dakwaan penyembuhan melampau, kurang berasas serta tanpa rujukan berwibawa. Lebih baik dapatkan pandangan pihak kedua (second opinion) daripada doktor perubatan (medical doktor).

2. Tidak berahsia – Pastikan anda berasa selesa, yakin dan selamat dengan pengamal rawatan alternatif yang dipilih. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pilihan lain. Pastikan juga pengamal perubatan alternatif itu tidak terlalu berahsia mengenai rawatan. Jika perlu, minta pengamal berkenaan menerangkan sejelas-jelasnya kaedah dan rasional rawatan. Sesetengah rawatan alternatif memang sukar digambarkan menerusi penjelasan saintifik dan objektif. Namun pastikan anda memperolehi maklumat sebanyak dan sedapat mungkin.

3. Syariat Islam – Bagi individu beragama Islam, pastikan amalan dan kaedah rawatan serta iktikad pengamal rawatan alternatif tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jika perlu, dapatkan pandangan mereka yang alim dalam bidang berkenaan. Pastikan juga bayaran yang dikenakan pengamal rawatan alternatif adalah munasabah dan tiada unsur paksaan. Jangan terpedaya dengan kadar ‘pengeras’ melampau jika anda tidak benar-benar pasti ia berbaloi, wajar dan munasabah. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

, ,