tongkat ali, herba, tenaga lelaki

Herba terkemuka untuk seks lelaki hebat di ranjang

Kongsi | Share

Ada banyak herba terkemuka tempatan dan dunia yang sudah terbukti bagus secara saintifik untuk menguatkan tenaga seks lelaki ketika bersama isteri di ranjang.

Ini bukan taboo. Ini topik kesihatan, kebahagian rumahtangga dan kesejahteraan hidup sesiapa sahaja sama ada lelaki atau wanita.

Teruskan pembacaan kerana berikutnya disenaraikan perincian setiap herba yang sudah diketahui bagus untuk menguatkan tenaga seks lelaki ketika di ranjang.

https://dherba.com/kedai/minyak-urut-zakar/

Tenaga seks lelaki: Amalan herba

Menjadi lelaki hebat di ranjang adalah satu kelebihan yang tidak dapat disukat dengan wang ringgit. Ia menggembirakan dan membahagiakan, lebih-lebih lagi bagi pasangannya.

Sebaliknya, menjadi ‘lembik’ di ranjang adalah ‘kisah duka lara’ yang menjadi rahsia terpendam seorang insan bernama lelaki.

Justeru, pelbagai kaedah boleh dicuba dan digunakan demi mengekalkan kehebatan sang lelaki di ranjang. Antaranya menerusi amalan pemakanan pelbagai jenis herba.

Tenaga seks lelaki: Herba tempatan dan dunia

Antara herba terkemuka dunia yang sering dikaitkan dengan kehebatan lelaki di ranjang ialah Tongkat Ali, Yohimbe, Ginkgo Biloba dan Ginseng Siberia.

This image has an empty alt attribute; its file name is biloba-1024x683.jpg
ALIRAN DARAH… Gingko Biloba dikatakan mengandungi beberapa unsur perubatan unik yang mampu meningkatkan aliran darah ke otak, tangan, kaki dan zakar.

1.Tongkat Ali


Dikaitkan sebagai Viagra Malaysia dengan nama sainsnya Eurycoma longfolia. Herba ini terkenal sejak lama di kalangan masyarakat Melayu sebagai tonik seks yang berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki.

Baca juga:  Basuhan Beras, jus Nanas, Barli: Rawat kencing tak lawas

Ia kini dikomersialkan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, campuran minuman dan kopi membabitkan pelbagai jenama.
Herba warisan alam Melayu ini tidak sahaja diproses dan dikeluarkan syarikat tempatan, malah pelbagai organisasi antarabangsa.

Untuk produk kesihatan lelaki berasaskan herba tempatan, boleh lihat di sini.

2. Yohimbe


Herba daripada kulit kayu Corynanthe Yohimbe ini amat terkenal di kalangan penduduk Amerika Selatan. Ia digunakan untuk meningkatkan keinginan, kemampuan dan ketahanan seksual serta merawat masalah mati pucuk.

Keupayaannya mengalirkan darah ke semua anggota badan, termasuk zakar serta membesarkan saiznya menyebabkan pengamal Yohimbe sentiasa dikagumi.

Amalan menggunakannya secara berterusan untuk tempoh masa panjang dikatakan dapat menguatkan, membesarkan dan mengekalkan ereksi atau ketegangan zakar lebih lama.

Tetapi awas! Pengambilannya pada kuantiti berlebihan dikatakan boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan, termasuk sakit kepala, tekanan darah tinggi dan insomnia. Malah, dos mencecah 40 miligram setiap hari memungkinkan seseorang mengalami halusinasi.

Ginkgo Biloba: Herba popular

3. Ginkgo Biloba

Ditemui di China sejak 5,000 tahun lalu, herba ini amat popular. Malah kini ia menjadi bahan makanan kesihatan terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah.

Gingko Biloba dikatakan mengandungi beberapa bahan kimia unik yang mampu meningkatkan aliran darah ke otak, tangan, kaki dan zakar.

Baca juga:  Rawatan ‘pupukan’ menggunakan herba

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat terhadap 60 penghidap kegagalan ereksi (ED), aliran darah ke zakar bertambah baik selepas enam minggu mengamalkan penggunaan herba ini. Aliran darah terus meningkat sehingga 50 peratus selepas enam bulan.

SEJAK 5000 TAHUN… Ginkgo Biloba mula ditemui di China 5,000 tahun lalu.

Untuk produk kesihatan lelaki berasaskan herba tempatan, boleh lihat di sini.

4. Ginseng Siberia

Herba ini pula dikatakan mampu merangsang kalenjar adrenalin untuk menghasilkan lebih banyak testosteran dan hormon seks.

Justeru, ia memberi kesan memberangsangkan bagi meningkatkan tenaga serta stamina yang amat penting dalam hubungan seksual.

Herba lain untuk seks lelaki

Ada beberapa lagi herba atau bahan semulajadi terkemuka sering dikaitkan dengan kehebatan seksual lelaki. Antaranya ‘Withanania Somnisera’ dan’‘Akar Murungai’ yang terkenal di kalangan masyarakat India serta ‘Horney Goat Weed’ yang amat popular dalam tradisi perubatan di China.

Walaupun keberkesanan sesetengahnya tidak dibuktikan secara saintifik, herba berkenaan tetap popular dan masih banyak digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia.

Kini kebanyakan herba terbabit dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk terproses menggunakan teknologi moden.

Tetapi pengguna perlu mengambil berat aspek keselamatan dan keserasian jangka pendek serta jangka panjang atau mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk berkenaan.

Ini kerana pengabaian aspek kualiti dan kaedah pemprosesan boleh membawa kesan sampingan.

Untuk produk kesihatan lelaki berasaskan herba tempatan, boleh lihat di sini.

Baca juga:  Herba popular di Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd
Kongsi | Share
TANYA