kunyit, halia, lempayung, kayu manis, dherba, herba, rawatan alternatif

Rawatan ‘pupukan’ menggunakan herba

Menerusi rawatan pupukan, herba atau bahan semulajadi seperti lempayung, halia, lengkuas dan kunyit yang mempunyai unsur penyejuk mampu membantu menurunkan suhu bahan dan menyegarkan fizikal si ibu.
Kongsi | Share

Selain secara mandian, beberapa jenis herba tempatan dapat digunakan bagi merawat ibu bersalin dengan cara “pupukan”. Antara herba berkenaan ialah lempayung, halia, lengkuas dan kunyit.

Ibu yang baru bersalin biasanya menghadapi kekurangan darah. Ini menyebabkan fizikal dan mental si ibu berada dalam keadaan kurang bermaya.

Raut wajah si ibu biasanya kelihatan pucat dan pergerakan fizikal pula tidak begitu stabil.

ground turmeric and hot paprika on cutting board
HERBA… Untuk rawatan ibu bersalin.

Keadaan ini memungkinkan ibu yang baru lepas bersalin mengalami pening atau sakit kepala atau demam panas.

Lebih membebankan jika si ibu terpaksa berjaga malam bagi merawat atau menjaga bayinya yang baru lahir.

Situasi demikian boleh dirawat dengan mudah, setidak-tidaknya untuk mengurangkan risiko lain ketika dalam pantang.

Menerusi rawatan pupukan, herba atau bahan semulajadi seperti lempayung, halia, lengkuas dan kunyit yang mempunyai unsur penyejuk mampu membantu menurunkan suhu bahan dan menyegarkan fizikal si ibu.

Rawatan pupukan mudah

Kaedah rawatan pupukan ini tidaklah terlalu sukar. Ia dapat dilakukan dengan mudah menerusi bantuan suami atau saudara-mara. Malah si ibu dapat melakukannya sendiri.

Bahan herba berkenaan hendaklah ditumbuk atau diasah pada pasu atau alat yang berpermukaan sedikit kasar, sebaiknya yang diperbuat daripada tanah liat.

Baca juga:  Tokoh herba dan perubatan tradisional Melayu, Dr Abdul Ghani pergi buat selamanya...

Memulakan dengan selawat, sapukan herba yang telah lumat itu pada dahi si ibu dan biarkan ia sehingga melegakan dan menyegarkan kepala serta fizikal.

Rawatan pupukan untuk bayi

Bahan herba yang disiapkan itu boleh juga dipupuk pada dahi si bayi. Ini bagi mengelakkannya terkena sawan.

Rawatan pupukan pada si bayi penting bagi mengelak sawan kerana gejala ini amat berbahaya sehingga boleh mengganggu emosi dan fizikal bayi.

Menerusi rawatan pupukan ini, lazimnya bayi akan berasa lebih selesa dan tidurnya lebih nyenyak.

kayu manis, cinnamon
KAYU MANIS… Juga dapat digunakan untuk tawatan pupukan.

Pupukan kayu manis

Satu lagi herba yang boleh digunakan bagi rawatan pupukan kepada si ibu yang baru lepas bersalin ialah kulit kayu manis.

Kulit kayu manis, kira-kira tiga sentimeter, hendaklah ditumbuk atau diasah pada pasu atau alat berpermukaan kasar. Lebih baik jika ia diperbuat daripada tanah liat.

Campurkan sedikit air dan pupukkan pada dahi si ibu yang baru lepas bersalin dua kali sehari.

Rawatan pupukan menggunakan kulit kayu manis boleh diteruskan walaupun selepas pantang.

Kulit kayu manis dikatakan mampu mengelak pening atau sakit kepala.

Pening atau sakit kepala kemungkinan menyebabkan rabun mata akibat kelesuan berpanjangan ketika dalam pantang.

Kongsi | Share
TANYA