Beliau terkenal sebagai tokoh yang banyak mengkaji perubatan herba dan khazanah ilmu perubatan tradisional Melayu.
Semalam 18 Mei 2019, Dr Abdul Ghani Hussain pergi buat selamanya. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Langkawi.
Pemergian tokoh ini adalah satu kehilangan besar bagi dunia herba dan perubatan tradisional Melayu.

Asalnya doktor alopati
Beliau yang asalnya seorang doktor perubatan (medical doctor) – terdidik dalam disiplin pengajian perubatan alopati – banyak mengabdikan masa sepanjang hayatnya untuk dunia herba dan perubatan tradisional Melayu, termasuk menerusi penyelidikan dan pendidikan.
Majalah DHERBA pernah menyiarkan artikel temuramah dengan beliau untuk DHERBA edisi cetak beberapa tahun lalu.
Semoga segala jasanya kepada dunia herba dan perubatan tradisional Melayu menjadi amal jariah buat beliau.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.
You must be logged in to post a comment.