dherba, herba, rawatan alternatif

Waspada! Ini tips dan cara selamat mengambil produk herba atau rawatan alternatif

Kongsi | Share

Orang ramai sepatutnya mengambil kira beberapa isu berbangkit berhubung penggunaan produk berasaskan herba dan rawatan alternatif.

Antaranya ialah:

1. Tiada ujian saintifik
Sesetengah produk atau terapi rawatan alternatif mungkin tidak dilengkapi ujian atau bukti saintifik bagi menyokong dakwaan penyembuhan.

Wujud juga dakwaan melampau kononnya sesuatu produk atau rawatan alternatif mampu merawat apa sahaja jenis penyakit – dari hujung rambut ke hujung kaki.

2. Dos keterlaluan 
Sesetengah perawat mungkin mengesyorkan dos keterlaluan kononnya bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Perlu diketahui bahawa produk atau rawatan alternatif, termasuk herba yang pada asasnya bersifat semulajadi, juga boleh memudaratkan jika diambil pada dos berlebihan atau dicampurkan dengan pelbagai bahan yang mengakibatkan keracunan atau kerosakan sistem tubuh.

3. Dianogsis mencurigakan
Sesetengah dianogsis rawatan alternatif mungkin mencurigakan atau bersifat kontroversi, malah membabitkan unsur jenayah seperti cabul dan rogol oleh pengamal rawatan alternatif.

 

Kandungan
  1. Langkah perlu

Langkah perlu

Justeru, pengguna disaran mengambil langkah perlu bagi memastikan penggunaan produk dan terapi rawatan alternatif benar-benar selamat serta menyihatkan.

Antaranya:

1. Maklumat
Dapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber, termasuk bahan bercetak dan internet. Namun, jika membuat rujukan di Internet, anda perlu lebih berhati-hati kerana maklumat produk dan rawatan alternatif di Internet kini sarat dengan pelbagai dakwaan penyembuhan melampau, kurang berasas serta tanpa rujukan berwibawa.

Baca juga:  DHERBA: Kandungan dan rekabentuk edisi cetak

Lebih baik dapatkan pandangan pihak kedua (second opinion) daripada doktor perubatan (medical doctor).

2. Tidak berahsia
Pastikan anda berasa selesa, yakin dan selamat dengan pengamal rawatan alternatif yang dipilih. Jika tidak, jangan teragak-agak untuk mendapatkan pilihan lain. Pastikan juga pengamal perubatan alternatif itu tidak terlalu berahsia mengenai rawatan.

Jika perlu, minta pengamal berkenaan menerangkan sejelas-jelasnya kaedah dan rasional rawatan. Sesetengah rawatan alternatif memang sukar digambarkan menerusi penjelasan saintifik dan objektif. Namun pastikan anda memperolehi maklumat sebanyak dan sedapat mungkin.

3. Syariat Islam
Bagi individu beragama Islam, pastikan amalan dan kaedah rawatan serta iktikad pengamal rawatan alternatif tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jika perlu, dapatkan pandangan mereka yang alim dalam bidang berkenaan.

Pastikan juga bayaran yang dikenakan pengamal rawatan alternatif adalah munasabah dan tiada unsur paksaan. Jangan terpedaya dengan kadar ‘pengeras’ melampau jika anda tidak benar-benar pasti ia berbaloi, wajar dan munasabah. D’HERBA

 

Kongsi | Share
TANYA