C H A T
dherba, herba, rawatan alternatif

Herba dan rawatan alternatif: Jangan abai nasihat doktor perubatan

Jangan berkeras untuk kekal dengan produk herba atau rawatan alternatif serta tidak mahu mendapatkan rawatan doktor perubatan (medical doctor) jika ada simpton bahaya atau mudarat.
Kongsi | Share

Sama ada di sebelah timur atau barat dunia, herba dan rawatan alternatif semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan ramai.

Namun, keghairahan menggunakan produk herba dan rawatan alternatif bukan bermakna anda patut menyisihkan kaedah perubatan moden (alopati) atau dirujuk juga sebagai perubatan konvensional.

Langkah dan sikap terbaik ialah mengintegrasikan rawatan alternatif dengan perubatan konvensional. Ini kerana ada sesetengah masalah kesihatan tidak dapat ditangani rawatan konvensional tetapi berjaya diatasi menerusi rawatan alternatif. Begitulah sebaliknya.

Jangan berkeras!

Jangan pula berkeras untuk kekal dengan produk herba atau rawatan alternatif dan tidak mahu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan (medical doctor).

Ini semata-mata kerana anda takut jarum atau pisau pembedahan. Fungsi dan kebaikan perubatan konvensional tetap dapat dipertanggungjawabkan dan terbukti (proven).

dherba, herba, rawatan alternatif
JANGAN BERKERAS… Jangan berkeras untuk kekal dengan produk herba atau rawatan alternatif serta tidak mahu mendapatkan rawatan doktor perubatan jika ada simpton bahaya atau mudarat.

Justeru, sebelum dan sepanjang menggunakan produk herba atau rawatan alternatif, pastikan perkara berikut diberi perhatian.

1. Mengandung – Jika anda mengandung, jangan sewenang-wenang mengambil ubat herba atau produk rawatan alternatif tanpa mendapat nasihat doktor perubatan.

2. Simptom bahaya – Jangan berlengah semata-mata kerana mahu mencuba dahulu produk herba atau rawatan alternatif jika anda mengalami simpton bahaya atau mudarat seperti sakit dada, sukar bernafas, pening atau pitam, keletihan melampau dan berpanjangan serta mengalami penurunan berat badan mendadak dan berterusan.

Baca juga:  Herba popular di Risda Semaian dan Landskap Sdn Bhd

3. Diagnosis – Jangan cuba melakukan diagnosis sendiri terhadap apa juga masalah kesihatan. Jumpa dan dapatkan nasihat doktor perubatan.

4. Dos – Pastikan pengambilan apa juga ubat herba atau produk rawatan alternatif adalah pada dos (sukatan) yang tepat. Untuk memastikannya, dapatkan nasihat pakar perubatan herba bertauliah atau doktor perubatan.

5. Ubat – Jika anda sedang mengambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor perubatan, jangan berhenti mengambilnya tanpa mendapat nasihat doktor perubatan terlebih dahulu semata-mata kerana mahu bertukar mengamalkan ubat herba atau produk rawatan alternatif lain.

Sekali lagi ditegaskan, jangan berkeras untuk kekal dengan produk herba atau rawatan alternatif serta tidak mahu mendapatkan rawatan doktor perubatan jika ada simpton bahaya atau mudarat.

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsi di bawah untuk kebaikan lebih ramai orang.

Untuk perubatan herba atau rawatan alternatif, boleh semak di sini. – dherba.com

Kongsi | Share
Editorial, Dherba.com
Editorial, Dherba.com
Articles: 28