madu, dherba

Madu mempunyai kuasa penyembuhan

Kongsi | Share

Allah swt berfirman di dalam Ayat 69, Surah An-Nahl bermaksud, “…..di dalamnya (madu) menjadi penyembuh bagi penyakit manusia”.

Dalam hadis sahih riwayat al-Hakim, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud, “Madu itu penyembuh (ubat) bagi setiap penyakit”.

Dalam hadis lain riwayat Ibnu Maajah dan Al-Hakim, baginda bersabda bermaksud,”“Hendaklah kamu selalu berubat dengan dua penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran”.

Madu diketahui umum oleh pelbagai bangsa dunia sebagai bahan pemakanan istimewa. Lebih daripada itu, ia turut dikaitkan sebagai antara penyumbang kekuatan dan kehebatan kemampuan seks seseorang.

Mengapa? Ini kerana madu dikatakan mampu mencernakan kesihatan fizikal dan mental, termasuk pembaikan sistem edaran darah.

Faktor sistem edaran darah yang baik sudah tentu banyak menyumbang kepada kesihatan badan secara keseluruhan, termasuk kehebatan seksual.

Setiap 1,000 gram madu dikatakan mengandungi 3.280 kalori. Nilai kalori satu kilogram madu dikatakan sama dengan 50 telur.

Khasiat madu ada hubugan dengan kandungan gulanya yang tinggi, iaitu fruktosa (41 peratus), glukosa (35 peratus) dan sukrosa (19 peratus).

Berbanding gula biasa, kandungan gula dalam madu yang tinggi membolehkan tubuh manusia tertindak balas cepat terhadap madu.

Kandungan gula dalam madu mempunyai keistimewaan tersendiri. Antaranya;
• Gula dalam madu mampu berfungsi dengan cepat di dalam badan
• Menghasilkan tenaga dan kesegaran fizikal
• Perut dapat menyerapnya dengan mudah dan segera
• Tidak memberi kesan buruk pada dinding usus dan ginjal
• Mempunyai kesan lembut lagi halus secara semulajadi
• Mengendurkan urat-urat yang tegang dalam perut
• Dapat menghentikan kesakitan sendi
• Mampu menghentikan batuk
• Memudahkan sistem percernaan

Baca juga:  Lampu garam bukit singkir bakteria dalam udara

Selain tidak merosakkan gigi sebagaimana gula biasa, madu kaya dengan bahan lain, termasuk vitamin A, vitamin B1 dan vitamin B2.

Ternyata, gula dalam madu mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi. Atas sifatnya yang mampu menjadi penawar terbaik untuk manusia, kini madu bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk asal, malah telah dihasilkan dalam pelbagai produk terproses. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

Kongsi | Share
TANYA