Ikhtiar Sihat Alami ©
Lampu garam bukit dikatakan mengeluarkan ion negatif yang juga dianggap sebagai ‘vitamin udara’.
Jika ia dinyalakan dengan mentol atau lilin, kuantiti ion negatif dalam udara akan menjadi lebih tinggi.
Berdasarkan kajian saintifik, lampu ini mampu meningkatkan ion negatif sehingga 300 peratus.

Manfaat kepada kesihatan
Penggunaan alat elektrik seperti komputer, televisyen, radio, pendingin hawa serta asap rokok dipercayai meningkatkan ion positif di dalam udara sama ada di rumah atau pejabat.
Peningkatan ion positif akan menjejaskan kualiti udara, sekali gus kesihatan manusia.
Bagaimanapun, sejak 256 tahun lalu manusia mempunyai alternatif secara semulajadi untuk meminimumkan ion positif dalam udara. Alternatif itu ialah menerusi penggunaan garam bukit.
Terapi semulajadi
Penggunaan elektrik untuk menyalakan lampu garam bukit adalah minimun kerana ia hanya membabitkan mentol 15 watt.
Menurut kajian Ahli Mikrobiologi dan Patologi di Universiti California, Dr. Albert P Kruger, kuantiti ion negetif yang rendah mampu membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara.
Justeru, pengamal perubatan alternatif menganggap lampu ini sebagai ‘sinaran terapi semulajadi’.
You must be logged in to post a comment.