SILA TANYA...

Halia Merah

Showing all 2 results

halia bara, halia merah, halia

Halia Bara – Rizom / Ubi

Halia Bara atau Halia Merah (Zingiber officinale var rubrum) sejenis halia dari keluarga Zingiberaceae.

Halia Bara sejak lama sangat banyak dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan Nusantara.

Halia Bara juga banyak digunakan sebagai antara ramuan utama masakan Melayu dan Nusantara. Ia untuk menyedapkan rasa pada makanan.

Kegunaan:
Secara tradisional, Halia Bara digunakan untuk:
1. Meningkatkan tenaga batin lelaki.
2. Menghilangkan sengal otot, sendi dan saraf.
3. Melegakan gout.
4. Melegakan resdung.
5. Mengeluarkan angin dari badan.
6. Memanaskan badan wanita lepas bersalin.
7. Merawat penyakit kulit – panau dan kurap.
6. Membunuh kelemumur rambut
7. Melegakan batuk.
8. Meredakan demam Malaria.

halia bara, halia merah, Red Ginger, Zingiber officinale var rubrum

Halia Bara – Pokok

Herba apa?
Halia Bara / Halia Merah (Red Ginger).
Nama saintifik ialah Zingiber officinale var rubrum.

Apa istimewa?
Mengandungi minyak terdiri daripada zingeberin, kamfena, lemonin, zingiberen, zingiberal, gingeral dan shogool serta rosin minyak, kanji, asid organik, asid malic, aksolat asid dan gingerin.

Untuk apa?
Sangat baik sebagai ramuan kesihatan dan perubatan berasaskan herba. Sebagai ikhtiar perubatan untuk mengatasi masalah mati pucuk / lemah syahwat atau lemah batin, ejakulasi pra-matang, kurang nafsu seks, sakit pinggang dan meningkatkan stamina.

Juga sebagai ikhtiar perubatan untuk sakit sendi dan saraf, sakit perut, asma, sakit kepala, sakit otot, sakit tekak (bronchitis), menambah selera makan dan melancarkan susu ibu.

Tumbuhan ini juga sangat diketahui berkesan sebagai julap, anti radang (anti-rheumatic) dan anti-selesema.

Rasa apa?
Sedikit pedas.

Bagaimana guna?
Cara guna disertakan bersama item belian.