Pokok Salam atau Serai Kayu atau Samak (Anak Pokok / Benih)

RM 12.90

Pokok Salam atau Serai Kayu atau Samak (Anak Pokok / Benih)
Ini ialah anak Pokok Salam atau Serai Kayu (Nama saintifik: Syzygium polyanthum).

Pokok Salam atau Serai Kayu versi Tropika ini menyamai pokok Bayleaf di negara Mediterranean.

Bayleaf versi Nusantara adalah sejenis tumbuhan berkhasiat untuk perubatan, terutama daun dan buahnya.

Pokok Salam atau Serai Kayu atau Samak ini juga sangat cantik ditanam sebagai tumbuhan lanskap penghias laman rumah atau sebagai teduhan.

Siapa biasanya mengambil herba / produk ini?
Secara tradisional, herba / produk ini diambil sebagai satu ikhtiar perubatan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan tertentu, termasuklah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol
  • Gout atau asid urik tinggi
  • Batu karang
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pencernaan
  • Obes atau berat badan berlebihan
  • Masalah kulit – ekzema atau gatal

Mengapa herba / produk ini diambil?
Sebagai ikhtiar perubatan dan bagi mengelak masalah kesihatan yang dihidapi menjadi lebih serius atau kronik sehingga terpaksa menelan kos rawatan lebih tinggi.

 

Secure Payment System

Out of stock

Online Banking . PayPal . Transfer

Pokok Salam atau Serai Kayu atau Samak (Anak Pokok / Benih)
Ini ialah anak Pokok Salam atau Serai Kayu (Nama saintifik: Syzygium polyanthum).

Pokok Salam atau Serai Kayu versi Tropika ini menyamai pokok Bayleaf di negara Mediterranean.

Bayleaf versi Nusantara adalah sejenis tumbuhan berkhasiat untuk perubatan, terutama daun dan buahnya.

Apa kandungan di dalam herba / produk ini?
Dalam keadaan biasa, daun pokok Salam atau Serai Kayu ini dikaitkan sebagai bahan ulaman.

Secara tradisional sejak turun temurun, daun pokok Salam atau Serai Kayu ini dipercayai mempunyai kandungan perubatan yang tinggi.

Kajian saintifik pula menemui kandungan aktif membantu penyembuhan di dalam daun pokok Salam atau Serai Kayu, termasuklah unsur anti-diabetik (kencing manis), anti-bakteria dan sitotoksik (yang mampu menghalang pembentukan kanser).

Antara kajian saintifik terhadap daun pokok Salam atau Serai Kayu ini dapat dibaca di pautan berikut:

https://www.ncbi.nlm.nih.gov
https://www.researchgate.net
https://ijpsr.com

Siapa biasanya mengambil herba / produk ini?
Secara tradisional, herba / produk ini diambil sebagai satu ikhtiar perubatan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan tertentu, termasuklah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Kolesterol
  • Gout atau asid urik tinggi
  • Batu karang
  • Masalah penglihatan
  • Masalah pencernaan
  • Obes atau berat badan berlebihan
  • Masalah kulit – ekzema atau gatal

Mengapa herba / produk ini diambil?
Sebagai ikhtiar perubatan dan bagi mengelak masalah kesihatan yang dihidapi menjadi lebih serius atau kronik sehingga terpaksa menelan kos rawatan lebih tinggi.

Apa keistimewaan atau keunikan herba / produk ini?
Daun pokok Salam atau Serai Kayu digunakan secara tradisional untuk perubatan bagi masalah kesihatan tertentu.

Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan dilaporkan pernah menjalankan penyelidikan terhadap daun salam atau serai kayu dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.

Selain tujuan perubatan, daun Salam atau Serai Kayu ini diambil dalam pelbagai cara lain, termasuklah sebagai ulam, digunakan dalam masakan sebagai penambah rasa atau dimasak bersama rendang atau lemak.

Pokok Salam atau Serai Kayu ini juga sangat cantik ditanam sebagai tumbuhan lanskap penghias laman rumah atau sebagai teduhan. Lihat anak pokok Salam atau Serai Kayu di sini.

Bagaimana biasanya herba / produk ini diambil?
Daun pokok Salam atau Serai Kayu biasanyanya diambil dalam bentuk air rebusan, teh, kapsul serbuk halus atau lumur setelah ditumbuk halus (untuk masalah kulit – ekzema atau gatal).

Ia boleh diambil sama ada daun segar atau daun yang sudah dikeringkan.

Maklumat lanjut cara penggunaan atau pengambilan herba / produk ini disertakan bersama item belian dalam pakej penghantaran.

Bila biasanya herba / produk ini diambil?
Biasanya daun pokok Salam atau Serai Kayu ini diambil pada sebarang masa sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam.

Apa rasa herba / produk ini?
Sedikit kelat atau kelat ringan. Mengikut pengamatan tradisional, kelat adalah sejenis rasa yang menunjukkan sesuatu tumbuhan itu mengandungi unsur perubatan.

Dalam tempoh berapa lama herba / produk ini biasanya berkesan?
Ini hanya sejenis ikhtiar perubatan. Tiada janji dan jaminan keberkesanan atau kesembuhan.

Tempoh keberkesanan atau penyembuhan, jika pun berlaku, bergantung pada pelbagai faktor lain juga, termasuklah cara dan tahap amalan serta konsistensi pengambilan dan faktor biologi yang berbeza bagi setiap individu.

Di mana boleh dapat herba / produk ini?
Klik butang BELI atau BELI DI WHATSAPP di atas.

Nota
Kecuali jika dinyatakan selebihnya, semua info ini adalah berdasarkan pengamatan dan amalan tradisional serta testimoni penggunaan yang lama sejak masyarakat tradisional.

Wanita dan kanak-kanak kurang daripada tujuh (7) tahun dilarang mengambil herba / produk ini.

Penghidap penyakit kronik dinasihatkan berbincang dengan doktor perubatan (medical doktor) sebelum mengambil produk ini.

Jika masalah kesihatan berkenaan berterusan atau semakin serius, sila dapatkan nasihat doktor perubatan (medical doctor).

TANYA