tenaga dalam, dherba, herba, rawatan alternatif

Rawatan alternatif: Penyembuhan menerusi tenaga dalam

Kajian sains juga menemui banyak pertautan rapat di antara tenaga dalam dengan tubuh fizikal, termasuk dari segi penjagaan kesihatan dan perawatan serta pencegahan penyakit.
Kongsi | Share

Kekuatan tenaga dalam dikatakan sudah digunakan manusia sejak 4,000 tahun lampau.

Tenaga dalam yang berpusat pada minda, jika dibangunkan dengan latihan tertentu, mampu mengatasi kekuatan fizikal.

Kajian sains juga menemui banyak pertautan rapat di antara tenaga dalam dengan tubuh fizikal, termasuk dari segi penjagaan kesihatan dan perawatan serta pencegahan penyakit.

silhouette of man sitting on grass field at daytime
TENAGA DALAM… Kajian sains menemui pertautan rapat di antara tenaga dalam dengan tubuh fizikal.

Menurut mereka yang mengkaji dan berjaya mempratikkannya, tenaga dalam yang dilatih dan diperkuatkan dengan cara betul mampu membentuk aliran getaran pada urat tubuh.

Getaran ini berupa aliran elektrik menyelubungi tubuh atau biasa disebut sebagai ‘aura’.

Kekuatan tenaga ini dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri, termasuk bagi tujuan pengubatan atau rawatan penyakit, memiliki kuasa penyembuhan semulajadi dan terhalang daripada perbuatan jahat menggunakan makhlus halus.

Aura yang wujud di sekeliling tubuh manusia biasanya hanya senipis di antara 0.5 sentimeter hingga dua sentimeter.

Tetapi dengan usaha dan amalan tertentu seperti latihan pernafasan, lapisan aura akan menjadi berlipat kali ganda, malah beribu kali ganda.

Perbezaan dengan ilmu batin

Bagaimanapun, ramai terkeliru di antara tenaga dalam dan ilmu kebatinan. Malah salah tafsiran ini menyebabkan mereka yang berusaha meningkatkan tenaga dalam, sering dipandang serong.

Tenaga dalam sebenarnya berbeza berbanding tenaga batin dalam aspek tertentu. Jika pun ada persamaan, ia mungkin dari segi kegunaan dan kedua-duanya berasal dari dalam tubuh manusia.

Baca juga:  Usus tempat bermula penyakit, rawat sekarang!

Dari persektif Islam, ia juga bukan sesuatu yang asing. Amalan zikir yang berpusat kepada kebesaran Allah swt tanpa sebarang unsur syirik terhadapNya, juga sebahagian daripada latihan menguatkan tenaga dalam.

Allah swt menjanjikan kelebihan kepada mereka yang berusaha mendekatkan diri kepadaNya.

Di dalam al-Quran sendiri, banyak ayat yang menerangkan mengenai janji Allah swt untuk memberi rahmat kepada manusia yang mendekatkan diri kepadaNya.

Kongsi | Share
TANYA