mas cotek, cantik herba

Naikkan seri wajah dengan ramuan herba kecantikan

Kongsi | Share

Artikel ini ialah mengenai ramuan herba, termasuklah akar kayu, untuk menaikkan seri wajah, sekali gus menambahkan kecantikan.

Perasan tak? Kadang-kadang seseorang memang cantik, tetapi wajahnya tidak menarik – kurang berseri dan kusam. Sebaliknya, kawannya yang seorang lagi tidaklah secantik dia, tetapi wajahnya lebih berseri, segar serta mengiurkan.

Pernah jumpa kes begini? Inilah hakikat penampilan wajah. Raut wajah cantik tidak semestinya nampak menarik dan berseri jika tanpa rawatan sewajarnya, terutama rawatan menggunakan herba biasanya lebih alami serta bebas kimia.

close up of green plant with water drops on leaves

Impian memiliki wajah yang berseri bagi setiap wanita hanya tinggal impian jika tanpa usaha ‘empunya badan sendiri’.

Banyak cara untuk menaikkan seri wajah. Antaranya dengan memanfaatkan kaedah tradisional menggunakan pelbagai ramuan herba yang telah diamalkan sejak turun-temurun.

Kelebihan amalan menggunakan herba berasaskan ramuan tradisional untuk menaikkan seri wajah tidak boleh diremehkan. Jika diamalkan secara konsisten dan dengan campuran ramuan yang tepat, ia mampu memberi hasil yang memberangsangkan.

Apakah herba berkenaan? Bagaimanakah mengamalkannya? Dan berapakan kekerapan amalannya?

Antara herba tempatan yang boleh dimanfaatkan untuk menaikkan seri wajah ialah:

1. Daun inai

Herba ini dikatakan mampu memerahkan dan menghaluskan kulit wajah serta menghilangkan bekas jerawat atau bekas parut pada muka.

Ambik segenggam daun inai yang agak tua dan direbus kira-kira tiga cawan air. Minumlah selalu dalam tempoh tiga minggu.
Daun inai juga boleh ditumbuk sehingga halus dan disentalkan pada kulit wajah yang kusam atau ada kesan parut.

2. Air kelapa tua


Ia dikatakan bermanfaat untuk mengekalkan kecantikan kulit serta menghalang pembentukan kedut pada wajah.

Caranya ialah membasuh muka dengan air kelapa tua dan biarkan kering selama 10 minit hingga 15 minit.
Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan berterusan untuk mengelakkan kulit menjadi kering yang boleh menyebabkannya berkedut.

3. Pati kelapa


Ia mampu menghilangkan kesan jerawat pada wajah serta mencerahkan kulit yang kusam.

Caranya ialah dengan memerah kelapa tanpa dicampurkan dengan air. Ambil pati perahan kelapa itu dan sapukan ke wajah sebelum tidur setelah wajah dibersihkan.

4. Daun pegaga


Khasiat daun pegaga pula dikatakan mampu menjadikan kulit wajah kekal muda, segar dan berseri.

Ambil segenggam daun pegaga, campurkan sedikit air dan tumbuk hingga lumat. Setelah itu, perahkan patinya dan minum di antara dua atau tiga kali seminggu.

Baca juga:  Gel Terapi Lutut dan Sendi NurIman untuk sakit lutut dan sendi

Beli di sini

a fresh green plants
PEGAGA… Bagus untuk kecantikan seri wajah.

5. Pisang masak


Kulit pisang masak dikatakan mampu menegangkan serta menaikkan seri wajah.

Ia hendaklah ditumbuk halus dan digaul dengan putih telur hingga rata. Kemudian lumurkan pada wajah dan biarkan kering. Setelah itu, cucilah dengan air bersih.

6. Madu


Madu dikatakan mampu memerahkan dan mencantikkan bibir dan mengelakkan kulit wajah menjadi terlalu tegang.

Untuk memerahkan dan mencantikkan bibir, sapukan dua titik madu asli pada bibir sebelum tidur.

Untuk mengelakkan kulit wajah menjadi terlalu tegang, ambil sesudu madu dan ditumbuk dengan beberapa helai daun kubis hingga berair. Sapukan pada muka dan biarkan15 minit sebelum dicuci.

art blur color delicious
MADU… Ini juga bahan alami yang bagus untuk kecantikan seri wajah

7. Pinang muda


Pinang muda pula mampu melicinkan kulit dan menyerlahkan keceriaan awet muda pada wajah.

Caranya ialah dengan mengambil biji pinang muda yang masih berlendir dan sapukan pada keseluruhan muka.

8. Daun pandan


Ia mampu mengurangkan parut pada wajah serta melicinkkan kulit wajah.

Caranya ialah dengan mencampurkan daun pandan dengan kunyit, temu giring dan beras yang ditumbuk halus lalu dijadikan lulur.

9. Kunyit


Herba ini mampu membantu membuang bulu-bulu roma pada wajah.

Caranya ialah dengan menjemur kunyit hidup hingga kering, kemudian asahkan kunyit kering itu ke batu untuk mengeluarkan airnya. Sapukan air kunyit itu ke seluruh wajah.

Baca juga:  Basuhan Beras, jus Nanas, Barli: Rawat kencing tak lawas

Beli di sini

four assorted spices on wooden spoons
KUNYIT… Ini juga bahan alami yang bagus untuk kecantikan.

10. Daun Lemuning


Daun lemuning dapat menyerikan raut muka serta mengatasi masalah wajah pucat, sekali gus memulihkan kecantikan, terutama di kalangan ibu yang baru lepas bersalin.

Daun berkenaan hendaklah direbus.

Amalkan secara konsisten

Bagaimanapun, semua amalan rawatan wajah secara tradisional menggunakan pelbagai ramuan herba terpilih ini hanya akan menampakkan kesan positif jika diamalkan secara konsisten.

Senarai produk herba untuk kecantikan dapat dilihat di sini.

Kongsi | Share
TANYA