manjakani, dherba, herba

Buah Manjakani: Ketat dan segar bugar dengan buah ajaib

Kandungan astrigen di dalam buah manjakani mampu menegangkan otot pada dinding vagina, sekali gus menjadikan lubang faraj lebih sempit yang menghasilkan lebih keseronokan dan kepuasan ketika hubungan intim suami isteri.
Kongsi | Share

Buah manjakani (Quercus infectoria) dipercayai mempunyai banyak manfaat kesihatan, terutama untuk kecantikan wanita.

Satu daripada manfaat popular buah manjakani ialah untuk kesihatan organ reproduksi atau organ kehamilan wanita.

Buah ini juga popular dengan manfaat kesihatan organ seksual wanita.

Seringkali hubungan dingin di antara suami-isteri banyak berkait rapat dengan faktor kegagalan hubungan seksual.

Memanfaatkan khasiat buah manjakani adalah satu daripada pilihan yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah ini.

manjakani, dherba, herba
MANJAKANI… Manfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

Manjakani: Bukan buah

Ia, selain dalam bentuk buah, biasanya dihasilkan dan dijual dalam serbuk. Lazimnya dikenali sebagai “serbuk manjakani”.

Lazimnya buah manjakani banyak ditemui di Asia, Iran dan Yunani.

Sebenarnya ‘buah’ ini terhasil daripada keradangan atau pembengkakan akibat sejenis telur yang disuntik dari serangga dikenali gall wasp.

Khazanah alam ini membentuk seperti sejenis bebola keras akibat tindakbalas kimia dikenali sebagai ‘proses metamorfosis’ di antara hormon pokok dengan cecair dikeluarkan pelbagai spesies serangga yang hinggap untuk menetaskan telur.

Bebola yang dianggap sebagai ‘buah ajaib’ ini dikenali umum sebagai ‘buah manjakani’ atau ‘oakgalls’ walaupun ia sebenarnya bukan sejenis buah dan bukan sebahagian daripada mana-mana komponan pokok.

Manjakani: Kaya unsur Tannin

Buah manjakani kaya dengan tannin, asid tanik, vitamin, terutama vitamin A dan C, antioksidan, kalsium, besi, protein, serat dan karbohidrat.

Baca juga:  Buah Kelentit Kering: Ajaib untuk kebahagiaan suami-isteri

Bahan lain yang boleh ditemui di dalam buah ajaib ini ialah astrigen, anti-microbial dan anti-radang.

Dengan adanya unsur berkenaan, buah manjakani mampu menjadikan wanita segar bugar, terutama di bahagian alat kelamin untuk memberikan kepuasan berterusan kepada suami.

Dengan kandungan tanninnya yang tinggi, ia mampu mengetatkan semula rahim dan otot vagina, terutama bagi wanita selepas bersalin.

Ia tentu sekali penting dalam menjamin kepuasan hubungan seksual bersama pasangan masing-masing.

Ini kerana bahagian alat kelamin wanita berkemungkinan kendur atau longgar ketika proses bersalin.

alone bed bedroom blur
HAMBAR… Manjakani antara pilihan bagi mengembalikan hubungan intim suami-isteri yang hambar.

Manjakani: Mengetatkan otot vagina

Sementara itu, kandungan astrigen di dalam buah manjakani mampu menegangkan otot pada dinding vagina, sekali gus menjadikan lubang faraj lebih sempit yang menghasilkan lebih keseronokan dan kepuasan ketika hubungan intim suami isteri.

Unsur antiseptik yang kaya di dalam buah ajaib ini pula menjadikannya bahan yang mampu bertindak sebagai penghapus jangkitan bakteria atau kulat pada vagina.

Bakteria atau kulat biasanya akan menyebabkan kegatalan serta bau kurang menyenangkan di persekitaran alat kelamin wanita yang sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa, sekali gus merencatkan hubungan seksual di antara suami isteri.

Buah manjakani akan bertindak menyerapkan lendir atau lelehan pada faraj yang boleh menghasilkan bau tidak selesa.

Lebih menarik, buah manjakani juga mampu menjadikan persekitaran alat kelamin wanita lebih terpelihara, terutama dari segi warna asal dengan adanya kandungan antioksida di dalam bahan semulajadi ini.

Baca juga:  Rawatan alternatif: Penyembuhan menerusi tenaga dalam

Kandungan antiseptik ini juga dikatakan mampu menyembuhkan luka dan memulihkan alat kelamin wanita akibat proses bersalin.

Selain digunakan secara mentah atau menerusi air rebusan, manjakani boleh ditemui di pasaran dalam pelbagai bentuk produk terproses membabitkan pelbagai jenama.

 

Kongsi | Share
TANYA