Ikhtiar Sihat Alami ©
Halia, serai dan sirih. Tiga herba atau bahan alami ini sudah terbukti mujarab secara semulajadi untuk membantu masalah kesihatan ringan.
Antaranya jika menghadapi masalah seperti sering letih atau cepat letih, sakit urat saraf, sengal -sengal dan lenguh badan, bolehlah cuba ramuan alami tiga bahan ini.
Ramuan alami ini juga dapat diusahakan untuk masalah kolesterol dan bau badan.
Beli di sini.
Ramuan
Ramuannya mudah sahaja, iaitu:
Tiga (3) ruas jari Halia segar – ketuk
Tiga (3) batang Serai – ketuk
Tiga (3) helai daun Sirih
Lima (5) gelas air
Rebuskan semua bahan berkenaan selama kira-kira setengah jam atau airnya tinggal separuh.
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.
Amalkan minum air ramuan ini kira-kira tiga kali seminggu.
Beli di sini.
Apa ada di dalam bahan ini?
Kajian menunjukkan tiga bahan alami ini mempunyai unsur perubatan tinggi.
Halia
Halia (Zingiber officinale Roscoe) juga dikenali sebagai jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand).
Rizom halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, gentian, niasin, asid amino dan tenaga.
Halia juga mengandungi protein, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Selain itu, halia mengandungi minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren.
Serai
Serai (Cymbopogon citratus) pula mengandungi antioksidan, flavonoid dan sebatian fenolik seperti luteolin, kaempferol, elemicin, catechol, asid klorogenik, glikosida, quercetin dan asid caffeic.
Ia juga kaya dengan aromatik nutrien. Tumbuhan ini banyak sumber vitamin dan mineral penting seperti vitamin A, B-vitamin, folat dan vitamin C, unsur zink dan besi, kalium, magnesium danb fosforus.
Beli di sini.
Sirih
Sirih (Piper betle) mengandungi pelbagai nutrien penting seperti air, vitamin, mineral, tenaga, protein, lemak dan serat.
Justeru, untuk masalah kesihatan ringan dan mencegahnya daripada menjadi kronik, bahan alami seperti tiga bahan ini mampu membantu.
You must be logged in to post a comment.