SILA TANYA...
semambu, daun semambu, mambu, neem, Azadirachta indica, daun semambu, covid-19, virus corona

Herba,Petua,Utama

Tular: Daun Semambu mampu rawat simptom awal Covid-19?

26 Mar , 2020  

Daun Semambu kini tular di media sosial, terutama Facebook kerana ada dakwaan mengaitkannya mampu melawan wabak Covid-19 yang sedang merebak sekarang.

Ia menjadi tular selepas satu pos di Facebook oleh seorang pengguna bernama Abu Bakar Zainuddin, mendakwa dari Batu Pahat, Johor.

Semakan Dherba.com mendapati pos itu dikongsi di beberapa grup Facebook, termasuk di grup Petua Herba, Perubatan Tradisional dan Alternatif.

Daun semambu atau mambu atau neem (Azadirachta indica) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga Mahogani Meliaceae.

Setakat ini tiada bukti ujian klinikal (clinical test) terhadap daun Semambu, tetapi mengikut amalan tradisional, daun ini digunakan sejak lama untuk beberapa masalah kesihatan, terutama demam campak.

Anak demam

Dalam pos berkenaan, Abu Bakar mendakwa, beliau menggunakan daun Semambu selepas anaknya demam dan sakit tekak.

Demam dan sakit tekak ialah antara simpton wabak Covid-19.

Tidak sahih sama ada anak Abu Bakar benar-benar menghidap Covid-19 kerana dalam pos itu, beliau tidak menyebut anaknya telah disahkan oleh doktor perubatan menghidap wabak itu atau tidak.

Demam dan sakit tekak

Bagaimanapun catat beliau, anaknya pergi ke hospital untuk saringan Covid-19 kerana selepas pulang berkursus di Perak, mereka dimaklumkan ada peserta kursus itu positif wabak berkenaan.

“Anak saya dan rakannya berkursus di Perak… di mana peserta ada yang positif Covid-19… dah pulang barulah tau… jadi bosnya suruh rujuk ke hospital…

“… Pergi hospital… suruh tunggu kat rumah… nanti mereka datang… dah tiga hari tak datang anak saya dan (dah) demam dan sakit tekak… rakannya lagi teruk… dah mula sesak nafas…

“… Saya cubalah bagi minum air rebusan daun neem atau Semambu sebagai ikhtiar… Alhamdulillah… ok… keesokan saya rebuskan untuk rakannya… selang dua hari Alhamdulillah mereka pulih,” catat Abu Bakar dalam pos berkenaan.

Herba / produk lain

Minta kementerian kaji

Menurut Abu Bakar, beliau menghantar perkara itu ke media sosial bertujuan berkongsi dengan Kementerian Kesihatan agar membuat kajian berhubung kemampuan daun Semambu.

Beliau mencatatkan, daun Semambu sebanyak 20 helai direbus dengan empat cawan air sehingga menjadi dua cawan.

Setelah sejuk, tapis dan minum sedikit-sedikit. Setelah pulih, katanya, perlu berhenti.

Dherba.com cuba menghubungi nombor telefon Abu Bakar seperti yang beliau catat dalam post berkenaan, tetapi gagal.

Sementara itu, semakan Dherba.com di grup Public Health Malaysia mendapati admin grup berkenaan menyifatkan dakwaan mengenai daun Semambu itu yang mengaitkannya dengan wabak Covid-19 sebagai maklumat palsu. – Dherba.com

Imej: Facebook.com


Comments are closed.

%d bloggers like this: