Utama  |  Artikel  |  Kedai


Mentah-Kering

Showing all 7 results

daun bidara, bidara, khasiat buah bidara, buah bidara, daun bidara untuk ruqyah

Daun Bidara – Serbuk

Untuk perubatan dan ruqyah, serbuk ini dicampurkan ke dalam air dan diruqyahkan dengan ayat-ayat Syifa.

Dapat juga digunakan sebagai masker untuk kecantikan serta mengatasi masalah kulit seperti kesan luka dan terbakar, radang kulit dan kulit kering.

Ia juga biasa digunakan dengan mencampurkannya ke dalam air untuk diminum bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan buang angin dari badan dan membersihkan usus.

Secara tradisional, ia juga biasa digunakan bagi mengatasi masalah lemah syawat, masalah sukar tidur serta mencegah pertumbuhan sel tumor.

kacip fatimah, pokok pulih dara, manjakani

Ramuan Herba Kembali Dara

Ini adalah ramuan campuran herba kacip fatimah, pokok kembali dara, manjakani, nenas batu dan rempah ratus.

Ramuan ini sangat bermanfaat dari sudut kesihatan, terutama untuk mengetatkan otot vagina, menguatkan rahim, mengatasi keputihan, mengekalkan kesihatan dalaman wanita, mengatur semula kitaran haid, menghilangkan sakit pinggang, memulihkan wanita lepas bersalin dan mengatasi sembelit

Ramuan herba kembali dara ini sangat sesuai untuk memulihkan wanita lepas bersalin. Bahan-bahan herbanya, termasuk kacip fatimah adalah dari hutan semulajadi, bukan dari ladang.

Pembeli boleh membeli ramuan herba kembali dara ini untuk menghasilkan produk jenama sendiri dalam bentuk kapsul atau botol. Sila berbincang di sini untuk harga ramuan ini dalam bentuk kapsul atau botol.

Untuk mengeluarkan produk herba, anda perlu memberikan nisbah peratusan adunan yang tepat bagi setiap herba berkenaan (kacip fatimah, pokok kembali dara, manjakani, nenas batu dan rempah ratus) kepada kami kerana setiap peratus bahan herba berkenaan menghasilkan khasiat yang berbeza dan risiko berlainan kepada pengguna.

 

nenas batu, buasir, bersalin, awet muda

Serbuk Nenas Batu

Keunikan

Nenas batu sudah diketahui sangat sesuai untuk mengecut dan merawat buasir serta mengecut peranakan dan rahim wanita.

Ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan iras awet muda di kalangan wanita. Tidak sia-sia anda mengamalkannya.

Nenas batu juga baik untuk menjarakkan kelahiran,  melancarkan pembuangan angin dalam badan yang menghasilkan rasa selesa dan segar sepanjang hari.

Nenas batu juga mampu berfungsi melawaskan kencing dan mengurangkan kesan menopaus.

Nenas batu sangat sesuai dijadikan sebagai antara bahan dalam formula ramuan produk kesihatan dan kecantikan.

 

 

kelentit kering, buah kelentit kering, cekeli, belimbing bukit, keliku, kedekai, kelentit kering, kelentit, klitoris

Buah kelentit kering

Herba / produk apa?
Kelentit kering. Nama lain ialah cekeli / belimbing bukit / keliku.

Kategori
Buah / herba mentah (bukan serbuk).

Berapa kuantiti?
100g / 200g / 1kg

Ada KKM?
Tidak perlu KKM. Ia herba mentah.

Apa keistimewaan herba / produk ini?
Jika hubungan anda suami-isteri agak hambar, tidak memberangsangkan serta kurang menghairahkan, inilah herba buah kelentit kering yang dapat diamalkan untuk mengembalikan ghairah seksual.

Ia untuk menyegarkan klitoris (kelentit), menambahkan daya rangsangan dan sensitiviti, mengetatkan faraj serta meningkatkan keinginan seks wanita, sekali gus menggandakan kepuasan seksual wanita.

Siapa patut ambil herba / produk ini?
Wanita lepas bersalin, mereka yang mengalami senggugut, buasir, sembelit atau sukar buang air besar / tidak lawas buang air besar, gout, keputihan, sukar mengawal kencing, haid tidak teratur, kurang susu badan, sakit sendi, letih-lesu, masalah angin dalam badan, faraj longgar, masalah edaran darah, badan berbau dan wanita tidak subur, lemah tenaga batin, batu karang, resdung, asma dan batuk.

Apa ada di dalam herba / produk ini?
Herba asli.

Mengapa perlu ambil herba / produk ini?
Bagi menghindari masalah lebih kronik sehingga memerlukan rawatan kos tinggi.

Bagaimana mengambil herba / produk ini?
Minum. Rendam 5 biji – 7 biji buah kelentit kering di dalam air panas dan tutup. Boleh ulang rendam hingga hilang warna dan rasa.

Bila patut ambil herba / produk ini?
Minum  dua atau tiga kali sehari.

Apa rasa herba / produk ini?
Sedikit payau-tawar. Tidak pahit.

Kesannya dalam tempoh berapa lama?
Kesannya dapat dirasa seawal sejam hingga 30 hari bergantung pada tahap fizikal seseorang, masalah kesihatan yang dihidapi serta cara penggunaan.

Apa larangan?
Ibu mengandung dan kanak-kanak kurang 12 tahun dilarang mengambilnya.

Apa lagi?
Stoknya terhad. Ia tidak mudah ditemui di pasaran. Kami hanya bekal buah bermutu.

Di mana boleh beli herba / produk ini?
Hanya klik butang BELI di atas, kemudian taip nama dan alamat penghantaran serta buat bayaran (bank in secara online atau kaunter bank). Item belian akan dihantar terus ke pintu anda.

 

akar kayu, wanita, senggugut

Herba Akar Kayu Mujarab Untuk Wanita

Nama Herba:
Ramuan herba akar kayu asli

Info Lain:
Herba akar kayu asli ini digunakan secara tradisional sejak lama.
Ia dirumuskan dan disediakan oleh pengamal perubatan tradisional berpengalaman.

Kegunaan:
1. Kecantikan dan kesihatan wanita
2. Hubungan intim suami-isteri
3. Keputihan
4. Pusingan haid tidak teratur
5. Senggugut
6. Sakit urat, lenguh-lenguh dan tidak selesa badan

Rasa:
Tidak pahit, tidak kelat.

Cara Guna:
Rebus dan minum.

Nota:
1. Maklumat terperinci mengenai dos / sukatan dan cara guna akan diposkan kepada pembeli bersama item ini.
2. Sila baca FAQ (Soalan Yang Kerap Ditanya) di atas untuk maklumat lanjut.
3. Sila kemukakan pertanyaan pada ruang Komen di bawah.
4. Untuk beli, sila klik butang Beli di atas.
5. Terimakasih.

dherba, akar kayu, obes, gemuk, buncit

Ramuan Akar Kayu Detoksifikasi, Buang Lemak & Obes

Akar Jeruju Rawat Radang Hati & Tibi

error: Content is protected !!