Kami

Majalah D’HERBA (Direktori Industri Herba dan Rawatan Alternatif Malaysia / Malaysia Herbal and Alternative Medicine Industry Directory) ialah majalah yang mula diterbitkan pada 2005 oleh Ideamas Editorial Services.

Edisi bercetaknya diedarkan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Ia juga dapat dibaca di laman web rasminya di dherba.ini.my.

Kini majalah D’HERBA diambil alih oleh Iniherba Dot Com. Di bawah pengurusan baru, majalah ini lebih memberi tumpuan kepada penerbitan online.

Majalah ini khusus mengenai herba dan rawatan alternatif serta produk dan perkhidmatan berasaskan kedua-duanya. Ia majalah pertama seumpamanya diterbitkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (sebahagian besar kandungan adalah dalam bahasa Melayu).

Ia mengandungi pelbagai maklumat, termasuk info produk, petua tradisi, maklumat pengedar / stokis, jaringan perniagaan, penawar semulajadi, kecantikan wanita dan lelaki, panduan ibu bersalin & berpantang, salun & spa, kepenggunaan, peraduan, resipi, landskap herba, bioteknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penemuan baru dan seumpamanya.

Penerbitan D’HERBA bertitik-tolak daripada keperluan membekalkan maklumat berguna kepada industri dan orang ramai, terutama bagi memastikan mereka menggunakan herba dan rawatan alternatif secara selamat.

D’HERBA juga berguna sebagai rujukan dalam bidang bioteknologi, amalan kesihatan serta perubatan berasaskan herba dan rawatan alternatif. Ia juga amat berfaedah kepada pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Selain itu, penerbitan ini bermanfaat sebagai rujukan memajukan perniagaan serta membantu aktiviti promosi dan pemasaran.

Baca mengenai D’HERBA di Wikipedia.org

D'HERBA

Penyiaran semula artikel kami di laman web atau blog lain mesti menyatakan Sumber: D'HERBA atau mengekalkan kredit D'HERBA pada artikel berkenaan.