Utama  |  Artikel  |  Kedai


kunyit hitam, black ginger, sakit lutut

Herba,Reviu

Produk herba kunyit hitam untuk sakit lutut dan prestasi seksual

7 Dec , 2018  

Black Ginger Plus Liquid dari herba kunyit hitam (Kaempferia parviflora) serta esktrak biji anggur dan madu ini dihasilkan menerusi kaedah penyelidikan saintifik dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Diperkuatkan menerusi kajian saintifkk, herba kunyit hitam memang sudah diketahui mampu mencegah sakit lutut dan sendi, menambah tenaga serta prestasi seksual dan mengawal keradangan berkaitan gout, alahan serta ulser.

Herba kunyit hitam juga didapati mampu berfungsi melancarkan aliran darah, meningkatkan sistem ketahanan tubuh, mengurangkan risiko osteoporosis dan mengurangkan kesan gejala menopaus.

Apa yang lebih penting, produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk ini juga telah memenangi beberapa anugerah penyelidikan, termasuk Anugerah Teknologi, Inovasi dan Penciptaan Antarabangsa di Ekspo Teknologi Malaysia 2018,  Anugerah Pingat Perak ITEX 2018 dan Anugerah Pingat Emas Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS).

Lebih gah, produk ini juga memenangi Anugerah Khas Promosi Penciptaan Korea (KIPA) dan Anugerah Emas Hari MARDI.

Apa yang unik mengenai produk ini?

Selain dihasilkan menerusi kaedah penyelidikan saintifik menerusi kerjasama MARDI, bahannya (kunyit hitam) sudah digunakan secara meluas sejak lama oleh masyarakat tradisional dan terbukti bermanfaat kepada kesihatan.

Kunyit hitam sudah terbukti mampu menghasilkan kesan positif terhadap pelbagai penyakit tanpa kesan sampingan.

Malah, kandungan antioksidan dan antiradang di dalamnya sangat tinggi.

Bagi kes Rheumatoid Arthritis, kandungan Bioflavonoid (ekstrak Proanthocyanidin) di dalam kunyit hitam mampu bertindak sebagai antioksidan dengan kesan terapeutik terhadap arthritis.

Malah, kini kelebihan herba kunyit hitam sebagai bahan perubatan alami sudah diketahui dan diakui bukan sekadar sekitar negara-negara Asia, malah seluruh dunia dengan adanya penyelidikan saintifik oleh pelbagai agensi penyelidikan global.

Beli di sini.

 

, ,


Comments are closed.