manjakani, dherba

Artikel,Herba

Ketat dan segar bugar dengan buah ajaib

19 Dec , 2016  

Seringkali hubungan dingin di antara suami-isteri banyak berkait rapat dengan faktor kegagalan hubungan seksual.

Ada beberapa kaedah mengatasi masalah ini. Satu daripadanya ialah dengan memanfaatkan bahan dari alam semulajadi.

Khazanah alam yang dimaksudkan ialah sejenis bebola keras terhasil di beberapa spesies pokok tertentu. Bebola ini terbentuk akibat tindakbalas kimia dikenali sebagai ‘proses metamorfosis’ di antara hormon pokok dengan cecair dikeluarkan pelbagai spesies serangga yang hinggap untuk menetaskan telur.

Bebola yang dianggap sebagai’‘buah ajaib’ ini dikenali umum sebagai ‘buah manjakani’ atau ‘oakgalls’ walaupun ia sebenarnya bukan sejenis buah dan bukan sebahagian daripada mana-mana komponan pokok.

Herba ini kaya dengan tannin, asid tanik, vitamin, terutama vitamin A dan C, antioksidan, kalsium, besi, protein, serat dan karbohidrat. Bahan lain yang boleh ditemui di dalam buah ajaib ini ialah astrigen, anti-microbial dan anti-radang.

Buah manjakani mampu menjadikan wanita segar bugar, terutama di bahagian alat kelamin untuk memberikan kepuasan berterusan kepada suami masing-masing.

Dengan kandungan tanninnya yang tinggi, ia mampu mengetatkan semula rahim dan otot vagina, terutama bagi wanita selepas bersalin. Ia tentu sekali penting dalam menjamin kepuasan hubungan seksual bersama pasangan masing-masing.

Ini kerana bahagian alat kelamin wanita berkemungkinan kendur atau longgar ketika proses bersalin.

Sementara itu, kandungan astrigen di dalam buah manjakani mampu menegangkan otot pada dinding vagina, sekali gus menjadikan lubang faraj lebih sempit yang menghasilkan lebih keseronokan dan kepuasan ketika hubungan intim suami isteri.

Unsur antiseptik yang kaya di dalam buah ajaib ini pula menjadikannya bahan yang mampu bertindak sebagai penghapus jangkitan bakteria atau kulat pada vagina.

Bakteria atau kulat biasanya akan menyebabkan kegatalan serta bau kurang menyenangkan di persekitaran alat kelamin wanita yang sudah tentu menimbulkan rasa tidak selesa, sekali gus merencatkan hubungan seksual di antara suami isteri.

Buah manjakani akan bertindak menyerapkan lendir atau lelehan pada faraj yang boleh menghasilkan bau tidak selesa.

Lebih menarik, buah manjakani juga mampu menjadikan persekitaran alat kelamin wanita lebih terpelihara, terutama dari segi warna asal dengan adanya kandungan antioksida di dalam bahan semulajadi ini.

Kandungan antiseptik ini juga dikatakan mampu menyembuhkan luka dan memulihkan alat kelamin wanita akibat proses bersalin.

Selain digunakan secara mentah atau menerusi air rebusan, manjakani boleh ditemui di pasaran dalam pelbagai bentuk produk terproses membabitkan pelbagai jenama. – D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

D'HERBA

Penyiaran semula artikel kami di laman web atau blog lain mesti menyatakan Sumber: D'HERBA atau mengekalkan kredit D'HERBA pada artikel berkenaan.

TANYA / KOMEN

,


Comments are closed.