Herba

Hilangkan sakit gigi dengan halia

24 Dec , 2014  

Hilangkan sakit gigi dengan halia

Gigi anda berlubang? Sangat sakit? Ada cara alami (semulajadi) mengatasinya. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, cara ini kekal lama tidak sakit.

Ia juga satu cara mudah dan murah! Anda dapat melakukanya di dalam rumah anda sendiri pada kos tidak sampai lima sen.

Sejak menggunakan cara alami ini, hampir tiga bulan gigi berlubang penulis tidak lagi sakit sedangkan sebelum  itu penulis terpaksa mengulang menggunakan ubat dari klinik gigi sebanyak tiga kali, termasuk ubat antibiotik.

Cara alami ini ialah dengan mengunakan herba. Herba dimaksudkan ialah halia (Zingiber officinale). Mudah bukan? Caranya?

Tumbuk halia hidup sebesar minimum satu ruas jari. Tumbuk sampai hampir lumat.

Ambil halia yag sudab ditumbuk itu dan sumbatkan sampai padat ke dalam gigi berlubang.

Tahan. Saya tahu rasanya pedas dan tidak selesa. Saya sudah rasainya. Jangan mengalah. Anda akan selesa dengan sendiri dan sakit gigi anda akan hilang perlahan-lahan.

Ia tidak akan hilang mengejut, tetapi jika ada mampu membiarkan halia itu di dalam lubang gigi sekurang-kurangnya setengah jam, anda akan tidak sakit gigi lagi untuk tempoh beratus jam, insyaAllah.

Apa yang penting, ia hilang lama. Mungkin selamanya, setidak-tidaknya sehingga anda mempunyai kekuatan dan keberanian untuk berdepan dengan doktor gigi :).

Cubalah. Saya berjaya mengatasi sakit gigi berlubang dengan cara ini.

Ada satu alternatif lain. Gunakan bawang putih dan cuka. Caranya ialah tumbuk satu ulas bawang putih. Campurkan beberapa titis cuka. Gaulkan sehingga sebati.

Sumbatkan bawang putih bercuka itu ke dalam gigi berlubang. Tahan. Ia juga sedikit pedas dan tidak selesa.

Cara ini, insyaAllah, juga menghilangkan sakit gigi berlubang. – DHERBA

D'HERBA

Penyiaran semula artikel kami di laman web atau blog lain mesti menyatakan Sumber: D'HERBA atau mengekalkan kredit D'HERBA pada artikel berkenaan.

TANYA / KOMEN

, , ,


Comments are closed.