tongkat ali, herba, tenaga lelaki

Artikel,Herba

Herba terkemuka untuk lelaki hebat di ranjang

27 Apr , 2014  

Menjadi lelaki hebat di ranjang adalah satu kelebihan yang tidak dapat disukat dengan wang ringgit. Ia menggembirakan dan membahagiakan, lebih-lebih lagi bagi pasangannya.

Sebaliknya, menjadi ‘lembik’ di ranjang adalah ‘kisah duka lara’ yang menjadi rahsia terpendam seorang insan bernama lelaki.

Justeru, pelbagai kaedah boleh dicuba dan digunakan demi mengekalkan kehebatan sang lelaki di ranjang. Antaranya menerusi amalan pemakanan pelbagai jenis herba.

Antara herba terkemuka dunia yang sering dikaitkan dengan kehebatan lelaki di ranjang ialah Tongkat Ali, Yohimbe, Ginkgo Biloba dan Ginseng Siberia.

1.Tongkat Ali
Dikaitkan sebagai Viagra Malaysia dengan nama sainsnya Eurycoma longfolia. Herba ini terkenal sejak lama di kalangan masyarakat Melayu sebagai tonik seks yang berfungsi menguatkan tenaga batin lelaki.

Ia kini dikomersialkan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, campuran minuman dan kopi membabitkan pelbagai jenama.
Herba warisan alam Melayu ini tidak sahaja diproses dan dikeluarkan syarikat tempatan, malah pelbagai organisasi antarabangsa.

2. Yohimbe
Herba daripada kulit kayu Corynanthe Yohimbe ini amat terkenal di kalangan penduduk Amerika Selatan. Ia digunakan untuk meningkatkan keinginan, kemampuan dan ketahanan seksual serta merawat masalah mati pucuk.

Keupayaannya mengalirkan darah ke semua anggota badan, termasuk zakar serta membesarkan saiznya menyebabkan pengamal Yohimbe sentiasa dikagumi.

Amalan menggunakannya secara berterusan untuk tempoh masa panjang dikatakan dapat menguatkan, membesarkan dan mengekalkan ereksi atau ketegangan zakar lebih lama.

Tetapi awas! Pengambilannya pada kuantiti berlebihan dikatakan boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan, termasuk sakit kepala, tekanan darah tinggi dan insomnia. Malah, dos mencecah 40 miligram setiap hari memungkinkan seseorang mengalami halusinasi.

3. Ginkgo Biloba
Ditemui di China sejak 5,000 tahun lalu, herba ini amat popular. Malah kini ia menjadi bahan makanan kesihatan terkemuka di Amerika Syarikat dan Eropah.

Gingko Biloba dikatakan mengandungi beberapa bahan kimia unik yang mampu meningkatkan aliran darah ke otak, tangan, kaki dan zakar.

Berdasarkan kajian yang pernah dibuat terhadap 60 penghidap kegagalan ereksi (ED), aliran darah ke zakar bertambah baik selepas enam minggu mengamalkan penggunaan herba ini. Aliran darah terus meningkat sehingga 50 peratus selepas enam bulan.

4. Ginseng Siberia
Herba ini pula dikatakan mampu merangsang kalenjar adrenalin untuk menghasilkan lebih banyak testosteran dan hormon seks.

Justeru, ia memberi kesan memberangsangkan bagi meningkatkan tenaga serta stamina yang amat penting dalam hubungan seksual.

Ada beberapa lagi herba atau bahan semulajadi terkemuka sering dikaitkan dengan kehebatan seksual lelaki. Antaranya ‘Withanania Somnisera’ dan’‘Akar Murungai’ yang terkenal di kalangan masyarakat India serta ‘Horney Goat Weed’ yang amat popular dalam tradisi perubatan di China.

Walaupun keberkesanan sesetengahnya tidak dibuktikan secara saintifik, herba berkenaan tetap popular dan masih banyak digunakan oleh pelbagai bangsa di dunia.

Kini kebanyakan herba terbabit dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk terproses menggunakan teknologi moden.

Tetapi pengguna perlu mengambil berat aspek keselamatan dan keserasian jangka pendek serta jangka panjang atau mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk berkenaan.

Ini kerana pengabaian aspek kualiti dan kaedah pemprosesan boleh membawa kesan sampingan. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

 

D'HERBA

Penyiaran semula artikel kami di laman web atau blog lain mesti menyatakan Sumber: D'HERBA atau mengekalkan kredit D'HERBA pada artikel berkenaan.

TANYA / KOMEN

, , , , , ,


Comments are closed.