garam bukit, dherba

Reviu

Lampu garam bukit menyingkirkan bakteria dalam udara

31 Mar , 2014  

Penggunaan alat elektrik seperti komputer, televisyen, radio, pendingin hawa serta asap rokok dipercayai meningkatkan ion positif di dalam udara sama ada di rumah atau pejabat. Peningkatan ion positif akan menjejaskan kualiti udara, sekali gus kesihatan manusia.

Bagaimanapun, sejak 256 tahun lalu manusia mempunyai alternatif secara semulajadi untuk meminimumkan ion positif dalam udara. Alternatif itu ialah menerusi penggunaan garam bukit.

Garam bukit dikatakan mengeluarkan ion negatif yang juga dianggap sebagai ‘vitamin udara’. Jika ia dinyalakan dengan mentol atau lilin, kuantiti ion negatif dalam udara akan menjadi lebih tinggi.

Berdasarkan kajian saintifik, lampu garam bukit mampu meningkatkan ion negatif sehingga 300 peratus.

Penggunaan elektrik untuk menyalakan lampu garam bukit adalah minimun kerana ia hanya membabitkan mentol 15 watt.

Menurut kajian Ahli Mikrobiologi dan Patologi di Universiti California, Dr. Albert P Kruger, kuantiti ion negetif yang rendah mampu membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara.
Justeru, pengamal perubatan alternatif menganggap lampu garam bukit sebagai ‘sinaran terapi semulajadi’. D’HERBA

* Lebih banyak artikel seperti ini di dalam D’HERBA edisi cetak di sini. 

D'HERBA

Penyiaran semula artikel kami di laman web atau blog lain mesti menyatakan Sumber: D'HERBA atau mengekalkan kredit D'HERBA pada artikel berkenaan.

TANYA / KOMEN


Comments are closed.